Pada 22 Mac 2021, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan Program Mentor Mantee kali pertama. Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan tindakan membimbing, menyokong dan memberi nasihat.
Berpegang kepada konsep membangun sahsiah diri murid melalui panduan daripada mentor, program ini berjalan dengan kerjasama semua guru. Secara tidak langsung, program ini dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi sebarang masalah yang mendatang. Bimbingan dan sentuhan ini dapat memberi impak yang positif dalam kehidupan murid.
Selain itu, program ini dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati antara mentor dan mantee. Justeru, dapat mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.
Program Mentor Mantee ini akan berterusan sepanjang tahun yang akan dijalankan sekali dalam sebulan. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:
1. Sasaran : Semua murid sesi pagi dan petang
2. Masa : 7.30 pagi - 8.00 pagi (sesi pagi)
1.30 tengah hari - 2.00 petang (sesi petang)
3. Tempat : Kelas masing-masing
Antara gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan
SESI PAGI
PRASEKOLAH
No comments:
Post a Comment