Tarikh : 1 Mac 2021 - 5 Mac 2021
Nama Guru Bertugas :
1. Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)
2. Puan Ummu A'thiah bt Hj Hashim (P)
3. Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah
4. Puan Azizah bt Ab Hamid
5. Ustazah Nurhidayu bt Sadri
6. Puan Norholwani bt Yahaya
7. Puan Suriyana bt Nanyan@Salim
8. Puan Norhana bt Nordin
9. Puan Nor Arzah bt Hussin
10. Puan Nur Azizati bt Ahmad
|
Barisan guru bertugas minggu ini |
|
SK Taman Putra Perdana.. sekolah yang dirindui semua!! |
Debaran menyambut kehadiran murid seramai 820 orang murid yang terdiri daripada 50 orang murid Prasekolah, 376 orang murid Tahun 1 dan 394 orang murid Tahun 2 sedikit terasa pada minggu ini. Walaubagaimanapun debaran itu berkurang apabila adanya Unit Guru Penyayang dan guru-guru sesi pagi membantu seawal 12.30 tengah hari lagi di ke dua-dua pagar sekolah sepanjang minggu ini.
Alhamdulillah, suasana murid datang ke sekolah pada tengah hari pertama agak lancar dan tiada murid yang meronta-ronta inginkan ibu bapa seperti tahun-tahun sebelum ini. Peraturan ibu bapa murid berada di luar sekolah juga melancarkan perjalanan masuk murid-murid. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG) dan barisan AJK PIBG yang sentiasa ada bersama anak-anak murid SKTPP semasa waktu datang dan balik sepanjang minggu ini. Terima kasih juga kepada Sarjan Mohd Nizam (Pengawai Perhubungan Sekolah) dan Puan Normawati (Naib YDP PIBG) meluangkan masa melihat suasana pembukaan & penyuraian sekolah pada hari pertama persekolahan.
Setelah hampir 4 bulan bercuti dan menjalankan PdPR, akhirnya murid-murid kembali ke sekolah secara bersemuka. SOP telah diperincikan di seluruh kawasan sekolah dan murid-murid wajib mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Semoga pdp bersemuka kali ini memberi lebih keseronokan dan manfaat kepada murid-murid SKTPP dalam menuntut ilmu.
Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang minggu pertama persekolahan Tahun 2021
Suasana murid datang di Pagar A & B
Pagar A - Semua pejalan kaki dan berbasikal
Pagar B - Semua yang menaiki kenderaan bermotor
|
Welcome back to school!! |
|
Selangkah ke sekolah, sejuta kejayaan menanti |
|
Sepanduk mengalu-alukan kehadiran murid dipegang oleh Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) - ibunda SKTPP yang disayangi seluruh warga SKTPP!! |
|
Belum sempat cikgu memberi salam, kamu dah mulakan ucapan itu. Sungguh baik akhlakmu wahai anak.. Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat. |
|
Perkara yang wajib dilakukan oleh murid apabila masuk ke dalam kawasan sekolah iaitu mencuci tangan
|
|
Sinki basuh tangan juga disediakan di pagar A khas untuk pejalan kaki dan penunggang basikal |
|
Pejalan kaki menggunakan Pagar A |
|
Perkara wajib!! Mengambil suhu (Pagar A) |
|
Guru juga akan memastikan murid memakai mask apabila masuk ke kawasan sekolah |
|
Berpanas menanti murid di pagar.. itulah rutin guru-guru |
|
Murid-murid makan di dalam kelas. Makan di kantin tidak dibenarkan bagi mematuhi SOP |
|
Senyum😊😊😊😊😊😊 |
|
Murid makan di dalam kelas |
|
Ramai juga yang membawa bekal |
Suasana penyuraian murid Tahun 1 dan 2 sepanjang minggu ini
|
Murid-murid bersedia di luar kelas untuk menunggu giliran untuk balik |
|
Selepas bacaan doa, Ustaz Mohammad Saiffol selaku Guru Disiplin setiap hari akan mengingatkan murid tentang laluan yang akan digunakan murid |
|
Murid dari aras 2 turun menggunakan tangga UUM |
|
Inilah suasana sebenar sekolah yang besar. Murid terpaksa menunggu giliran untuk ke pintu pagar |
|
Laluan turun murid Tahun 1 aras bawah menuju ke pintu pagar B |
|
Comel anak-anak kecil disinari cahaya semasa balik.. ada yang memalingkan muka, tidak tahan silau agaknya. |
|
Laluan murid dari Blok G |
|
Papan tanda kelas digunakan untuk membawa murid-murid terus ke pagar |
|
Setiap kelas akan diiringi oleh guru matapelajaran akhir |
|
Pejalan kaki dan berbasikal melalui laluan ITMA menuju ke pagar A |
|
Penyuraian di pagar A. Murid sedang menunggu ibu bapa datang. |
|
Sabar ya anak-anak... nampak keletihan di hujung waktu persekolahan |
|
Guru-guru sedaya upaya membantu murid-murid untuk kekal dalam SOP yang telah ditetapkan |
|
Jumpa lagi ... |
|
Inilah suasana di luar pagar B. Guru-guru dan AJK PIBG bersama-sama dalam melancarkan proses penyuraian pada setiap hari |
|
Peta laluan sehala. Panduan untuk semua. |
Penyuraian murid-murid sesi petang bersama YBMK Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin pada hari kedua persekolahan
Edisi terjah oleh pihak KPM tidak dijangka dan agak mengejutkan. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada pihak KPM yang cakna tentang masalah sekolah-sekolah yang mempunyai murid ramai seperti SKTPP. Kehadiran KPM dalam membantu menyelesaikan masalah penyuraian murid-murid sesi petang disambut baik oleh PPD, PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah dan semestinya semua guru SKTPP.
|
Perbincangan bersama di luar pagar B |
|
Tuan Hj Khairul Azhar (YDP PIBG) memberi penerangan kepada tetamu. Hadir bersama Dr. Habibah Abd Rahim (Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia) |
|
YBMK Datuk Dr. Radzi Jidin bersama Pn Hjh Rohaidah dan Tn Hj Khairul Azhar melihat suasana sebelum sesi penyuraian murid dijalankan |
|
Turut hadir petang ini pegawai perhubungan dari PPD Sepang iaitu Pn Ruzaimah bt Razali & Pn Nooranismawati bt Mohd Fauzi |
|
Tn Hj Khairul Azhar memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa yang hadir untuk mengambil anak |
|
Bertuah murid ini dapat berbicara bersama YBMK Pendidikan; Datuk Dr. Radzi Jidin |
|
YBMK Datuk Dr Radzi menyantuni anak-anak SKTPP |
|
Inilah suasana murid keluar dari pagar pada hari kedua persekolahan |
|
Terbaik...... YBMK bersama-sama murid-murid prasekolah |
|
Bergambar kenangan di luar pagar B |
|
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... paduan kerjasama antara pentadbir, guru disiplin, PIBG dan PDRM. |
|
Sebelum tetamu pulang, sekali lagi guru-guru mengambil peluang untuk bergambar. Kalau bukan hari ini, bila lagi kan.
|
|
Perkongsian YBMK Datuk Dr. Radzi Jidin di dalam laman FB beliau |
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam melancarkan sesi persekolahan pada minggu ini. Betullah kata pepatah, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat!!
Semoga SKTPP terus cemerlang dalam segenap bidang
No comments:
Post a Comment