Friday, July 15, 2022

Laporan Bertugas Minggu ke-15 (Sesi Petang)

Tarikh: 12 - 15 Julai 2022

Hari: Selasa - Jumaat

Masa: 1.10 tengah hari - 6.10 petang

Tema: Saling Memaafi

Senarai guru bertugas:

1. Encik Saifullah bin Mat Saupi (Ketua)

2. Cik Amalina binti Abd Hamid (Penolong)

3. Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

4. Puan Fadhilah binti Talib

5. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

6. Puan Nazahiyah binti Ab Rahman

7. Puan Khairiah binti Razali

8. Puan Zabedah binti Othman

9. Cik Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

Minggu persekolahan minggu ke-15 telah melabuhkan tirai. Alhamdulillah, selesai guru bertugas Kumpulan C menjalankan tugas sepanjang minggu ini dengan lancar. Minggu ini dimulakan dengan hari Selasa kerana Isnin adalah cuti umum bagi semua warga sekolah sempena menyambut Hari Rya Aidiladha.

Aktiviti persekolahan diteruskan seperti biasa seiring dengan aktiviti latihan sukan di sebelah petang sempena Kejohanan Sukan Tahunan yang akan diadakan kelak.

Sekolah juga telah menerima kunjungan dari para hakim bagi pertandingan Penarafan Surau Imarah Sekolah-Sekolah (PERSISS) KPM Peringkat Negeri Selangor 2022. Sekolah kita mewakili Daerah Sepang bagi kategori musalla sekolah rendah. Semoga dipermudahkan urusan dan sekolah kita akan beroleh kejayaan hendaknya.

Berikut dilampirkan suasana persekolahan pada minggu ini.


Murid-murid tiba ke sekolah 

Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti biasa

Murid-murid makan di kantin semasa waktu rehat

Murid-murid menjalani latihan sukaneka di dataran perhimpunan

Murid-murid menjalani latihan sukan di padang

Kunjungan dari para hakim bagi
Penarafan surau imarah sekolah-sekolah

Murid pulang dari sekolah

Terima kasih di atas kerjasama semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini bagi memastikan perjalanan sekolah dan disiplin murid terkawal. Berjumpa lagi pada minggu bertugas akan datang.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

No comments:

Post a Comment