Pertandingan Kalam Arabiy dalam Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah KPM (ILSS) telah mula diwujudkan sejak dalam tempoh PKP 2021 di bawah Kemenjadian dan Bakat Murid khusus untuk Panitia Agama Islam dan Bahasa Arab.
Penyertaan adalah secara individu, seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan bagi setiap sekolah. Penyertaan secara atas talian dan rakaman video persembahan murid dihantar secara atas talian pada tarikh yang ditetapkan.
Pada 30 Mei 2022, Panitia B. Arab SKTPP telah menghantar penyertaan Pertandingan e-Kalam Arabiy Peringkat Daerah Sepang.
Proses pemilihan peserta kalam Arabiy bermula dari sesi uji bakat dan pertandingan Kalam Arabiy yang diadakan dalam Program Ihya' Ramadan peringkat sekolah. Peserta terbaik dipilih sebagai wakil sekolah ke peringkat Daerah. Seterusnya guru B. Arab berusaha menghasilkan penulisan karya Teks Kalam Arabiy untuk diserahkan kepada peserta untuk dihafaz dan dipersembahkan.
Tahniah murid yang menjadi johan telah dipilih sebagai wakil sekolah untuk pertandingan e-Kalam Arabiy. Latihan mengambil masa antara dua ke tiga minggu malah melalui video call pada waktu malam juga akibat kekangan waktu di sekolah.
Setiap hari sesi latihan dan makan bersama.
Latihan bermula setelah teks Kalam Arabiy dihasilkan.
Peserta Kalam Arabiy SKTPP: Megat Fiqri Bin Megat Roslan, Tahun 6 Ibnu Sina. |
Peserta kalam Arabiy SKTPP: Syaza Iwani bt Saari, Tahun 5 Samsung. |
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Johan Kalam Arabiy (Lelaki) : Megat Fiqri Bin Megat Roslan, SKTPP.
Naib Johan Kalam Arabiy (Perempuan) : Syaza Iwani bt Saari, SKTPP.
Atas rasa syukur dan gembira dengan kejayaan ini pada 13 Jun 2022 Panitia B. Arab SKTPP mengadakan acara Penyampaian Hadiah Penghargaan kepada pemenang acara Kalam Arabiy. Hadiah disampaikan oleh Pn. Fauziah PK Kokurikulum diiringi oleh Pn. Azizah PK Kurikulum SKTPP ketika perhimpunan rasmi pagi Isnin. Acara penyampaian hadiah ini dapat mewar-warkan kejayaan murid SKTPP seterusnya dapat menyuntik semangat motivasi kepada murid-murid lain untuk terus meminati dan mencintai bahasa Arab.
Seronoknya Megat dan Syaza menerima hadiah istimewa dari Panitia B. Arab SKTPP. |
Apabila Megat Fiqri dinobatkan sebagai Johan Daerah, usaha diteruskan untuk mewakili Sepang ke Peringkat Negeri Selangor. Terima kasih pihak PPD, YDP PIBG, Guru Besar, GPK Kokurikulum hadir ke sesi latihan memberi dorongan dan semangat kepada Megat Fiqri untuk membuat persembahan yang terbaik. Hebat kerjasama guru-guru B. Arab dalam membaiki teks dan persembahan. Semoga Allah memberi ganjaran sebaik-baiknya atas jasa baik semua.
Selesai rakaman peringkat negeri. |
Pn. Guru Besar hadir memberikan kata-kata semangat. |
GPK Kokurikulum juga hadir ketika sesi rakaman. |
Ibu Megat turut hadir memberikan semangat pada anakanda. |
Sebagai buah tangan untuk guru-guru yang ingin menghasilkan Karya / Teks Kalam Arabiy, ini tips yang boleh saya kongsikan:
1. Guru memuat naik syarat-syarat pertandingan serta memahami syarat-syarat yang ditetapkan. Ini kerana syarat pertandingan berubah-ubah setiap tahun.
2. Guru memilih tema yang ditetapkan sahaja.
3. Guru memilih tajuk serta menghasilkan teks mengikut syarat-syarat pemarkahan yang disediakan sahaja.
4. Guru menulis 4 isi utama dan mengembangkan isi dengan olahan yang kreatif, menarik dengan mendatangkan contoh, dalil dan isu semasa.
5. Setelah teks siap dihasilkan, hendaklah diserahkan kepada rakan-rakan guru yang lain untuk disemak serta diperbetulkan isi, nahu dan diperkemaskan lagi teks tersebut.
6. Apabila teks siap diolah, teks baru dapat diserahkan kepada peserta untuk mereka memahami, menghayati dan menghafaz teks seterusnya dapat mempersembahkan di khalayak dengan penuh yakin.
Semoga pengalaman ini mampu memberi semangat pada murid-murid terus meminati dan mencintai bahasa Arab sebagai bahasa Alquran serta bahasa syurga. Insha Allah.
Segala yang baik atas izinNya, yang lemah dan kurang itu dari insan yang kerdil ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment