Friday, July 22, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-16 (Sesi Petang)

Hari          : Isnin – Jumaat

Tarikh      : 18 – 22 Julai 2022

Kumpulan Bertugas : Kumpulan D

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah bint Mihat

4. Pn. Rohani binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin binti Rahman

6. Pn. Noor Azlinda binti Kasmin

7. Pn. Nashirah binti Taib

8. Pn. Salina binti Mohd Tasu

9. Pn. Nur Azizati binti Ahmad

Alhamdulillah, minggu ke-16 persekolahan telah berlalu dengan lancar. Berikut laporan sepanjang minggu ini.

 1) Perhimpunan rasmi hari Isnin dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Seterusnya bacaan doa dan ikrar Rukun Negara, Keselamatan Jalan Raya serta ikrar Sekolah.


Puan Salina sebagai pengerusi majlis pada minggu ini.

Nyanyian 3 buah lagu.

Murid mengaminkan bacaan doa oleh pengawas bertugas.

Bacaan ikrar diketuai oleh pengawas bertugas.

Murid mengikut bacaan ikrar.

2) Ucapan guru bertugas minggu lepas oleh En. Saifullah bin Mat Saupi.

- Masih ada murid yang hadir lewat ke sekolah. Oleh itu, sila hadir sebelum pukul 1.00 tengah hari bagi melancarkan proses pembelajaran di dalam kelas.

- Jaga kebersihan dan kesihatan. Sekarang musim ramai tidak sihat, murid diminta untuk banyakkan minum air semasa latihan sukan dan jangan paksa diri sekiranya tidak sihat. Jika tidak sihat dari rumah, sila berehat di rumah sahaja.


Ucapan Encik Saifullah sebagai wakil guru bertugas minggu lepas.

3) Memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini.

Barisan guru bertugas minggu ini.

4) Tema ucapan hari ini ialah ikhlas. Ikhlas bermaksud hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Seseorang yang ikhlas adalah seorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau sebesar zarah sekalipun. Apa yang diinginkannya hanyalah redha Allah swt. Oleh itu, guru menyarankan murid agar sentiasa ikhlas dalam setiap perbuatan.

5) Perkataan LAWAD:-

Bahasa Melayu: mencanai= menggelek

Bahasa Inggeris: clap= tepuk

Bahasa Arab: ‘ainun= mata

6) Ucapan Guru Penolong Kanan Petang.

- Berharap murid-murid menyampaikan maklumat yang tepat kepada ibu bapa berkaitan hal ehwal yang berlaku di sekolah. Sebarang maklumat yang diketahui perlu mendapat pengesahan dari guru supaya tidak menyampaikan maklumat yang salah.


Ucapan dari Guru Penolong Kanan Petang, Puan Siti Raudah.

Minggu ini merupakan minggu terakhir latihan sukaneka antara rumah sukan diadakan. Pada hari Jumaat pula diadakan Kejohanan Sukaneka Tahap 1 SKTPP 2022. Berikut gambar-gambar yang dapat dikongsi sepanjang minggu ini.


Kehadiran murid di pagar A.


Kehadiran murid di pagar B.

Suasana murid semasa rehat.

Murid beratur membeli makanan dan minuman di kantin.


Makanan untuk murid RMT disediakan di meja khas.


Keadaan murid terkawal sebelum perhimpunan.

Murid menunggu ibu bapa penjaga semasa balik sekolah.
                                                                
Suasana latihan sukaneka yang dapat dirakam.

Kejohanan Sukaneka dirasmikan oleh Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah binti Mohd Ali.

Acara dilepaskan oleh Puan Guru Besar.

Puan Siti Raudah bersedia untuk memulakan acara.

Antara barisan guru sebagai AJK Hakim.

Guru-guru yang bersemangat memberi sokongan.

Apabila murid beraksi penuh semangat.

Suasana murid di dataran semasa acara dijalankan.
 
Rumah Jebat.

Rumah Lekir.

Rumah Lekiu.

Rumah Tuah.

Rumah Kasturi

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh YDP PIBG; Tn Haji Khairul Azhar, juga dihadiri Guru Penolong Kanan Kokurikulum; Puan Fauziah.

Guru Penolong Kanan Petang mengalung hadiah kepada para pemenang.
                                
Alhamdulillah, perjalanan sekolah sesi petang serta semua program yang dirancang pada minggu ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua guru khususnya guru bertugas pada minggu ini yang bekerja keras mengawal disiplin murid dan memastikan program berlangsung dengan baik serta teratur. Tahniah!


Disediakan oleh;
Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment