Perhimpunan Pagi (3 Julai 2023)
Terbang burung di tanah paya,
Memecah sunyi kicauan unggas;
Tampillah kami segak bergaya,
Sentiasa bersedia menjalankan tugas.
1. Barisan
guru kumpulan B : Tema hijau
3. Bacaan Ikrar
Bacaan ikrar diketuai oleh Andrea Azzahra binti Afizul Izham (6 Vivo) |
Ikrar bersama pentadbir dan guru |
4. Bacaan Doa
5. LAWAD
Bahasa Melayu : Ayam
Tambatan
Orang yang berpengalaman dan menjadi harapan
Bahasa Inggeris : Laze
Bersantai
Bahasa Arab : Farawilatun
Strawberi
6. Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas
(Minggu ke-13)
- Persekolahan dua hari sahaja (Isnin dan Selasa)
- Masih terdapat murid yang datang lewat ke sekolah. Mohon maklumkan kepada ibu bapa, hantar sebelum pukul 7.20 pagi
- Murid-murid tidak beratur ketika menuruni tangga terutama ketika waktu pulang. Bertolak-tolakan di tangga dan bergurau sesama rakan. Bimbang akan berlaku perkara yang tidak baik. Contohnya terjatuh lalu tercedera.
7. Ucapan guru bertugas
Tema : Saling Memaafi
- Definisi memaafi ialah bermaaf-maafan. Nilai murni memaafi sangat bernilai dan penting dalam kehidupan seharian kita.
- Amalan memaafi ini akan mewujudkan suasana yang harmoni, aman dan tenteram. Secara tidak langsung dapat menjauhi sifat dengki-mendengki yang boleh menimbulkan permusuhan antara kita.
- Sifat mazmumah yang lain boleh menjurus kepada pergaduhan.
- Dalam hadis dan al-Quran banyak menyebut tentang penting sifat maaf–memaafi. Antaranya, dalam surah Assyura, firman Allah yang bermaksud : "Barang sesiapa yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya itu termasuk dalam perbuatan yang sangat mulia".
- Semoga dengan penerapan nilai murni ini, kita menjadi insan yang dihormati dan dihargai.
8. Ucapan Guru Penolong Kanan
- Memaklumkan sepanjang minggu ini diadakan latihan sukan dan sukantara.
- Jaga keselamatan ketika menjalani sukantara
- Minum air secukupnya. Air minuman ada disediakan di depan bilik RBT
- Jika murid tidak sihat, sila maklumkan kepada guru rumah sukan.
- Memperkenalkan guru praktikum : Pn. Farissma binti Reping
Cikgu Farissma binti Reping
Internship / Praktikum Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Fakulti Pendidikan UKM
3 Julai 2023 – 29 September 2023
9. Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata
kepada murid contoh
Program 3S (Senyum, Salam, Sapa) yang terpilih pada bulan Jun.
Majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar
Gegantung program |
Ahmad Ilyas bin Ahmad (PPKI) |
Annisa Jannah binti Mohd Fadil (Tahun 4) |
Murid Contoh 3S bulan Jun |
Rangkuman aktiviti sepanjang minggu:
1. Kehadiran murid sesi pagi dan ketika pulang
Sukaneka Prasekolah |
Warna-warni latihan sukan sepanjang minggu
Disediakan oleh : Roslinda binti Mansor
No comments:
Post a Comment