Friday, July 28, 2023

Kem Bestari Solat Fasa 1 2023 (Sesi Petang)

Solat merupakan asas utama dalam membentuk peribadi kehidupan seorang muslim yang sejati. Solat juga adalah rukun islam yang kedua yang wajib ditunaikan oleh setiap muslim. Dengan kesedaran betapa pentingnya solat, Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Putra Perdana telah mengambil inisiatif merancang dan menganjurkan Kem Bestari Solat (KBS).  Program ini adalah sebahagian  daripada program panitia yang wajib dilaksanakan setiap tahun. Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan amalan wuduk dan solat dalam kalangan murid SKTPP. Penghayatan amali wuduk dan amali solat yang berkesan dapat melahirkan keyakinan dan ketaatan kepada Allah dengan lebih mendalam bagi murid SKTPP.

Antara objektif Kem Bestari Solat :

1.     Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

2Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardu.

3.  Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.


Tarikh Pelaksanaan :

 20 Jun 2023 - Tahun 1 dan Tahun 2

27 Julai 2023 - Tahun 3

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung 

Murid membuat amali wudhu dengan bimbingan guru

Amali solat tahun 2

Sesi soal jawab bersama murid selepas sesi pembelajaran.



            Diharapkan program ini dapat mencapai  objektif dan matlamatnya serta memberi manfaat  yang  berpanjangan kepada murid-murid di dunia dan akhirat.

    Disediakan oleh :

    Farhana Mohammad Fuzi

No comments:

Post a Comment