Friday, July 21, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-16 (Sesi Petang)

Minggu persekolahan minggu ke-16  tamat dengan rasminya. Syukur alhamdulillah segalanya dapat disempurnakan dengan lancar dan terkawal. Berkat kerjasama dan kesepaduan, Guru Bertugas Kumpulan D juga telah selesai melaksanakan tugasan sepanjang minggu ini dengan jayanya. Sesi persekolahan pada minggu ini berlangsung selama 4 hari sahaja, kerana pada hari Rabu (19 Julai 2023) adalah cuti Awal Muharram.

Berikut adalah laporan dan gambar guru bertugas minggu ini.

Hari                : Isnin hingga Jumaat

Tarikh            : 17 Julai –  21 Julai 2023

Tema             : Bantu-membantu

Kumpulan Bertugas : Kumpulan D

Senarai Nama Guru Bertugas:

1. En. Abdul Hafiz Bin Abdul Halil

2. Pn. Norazah Binti Mohd Ali

3. Pn. Halijah Binti Mihat

4. Pn. Rohani Binti Mansor

5. Pn. Nur Rihazrin Bt Rahman

6. Pn. Noor Azlinda Binti Kasmin

7. Pn. Salina Binti Mohd Tasu

8. Pn. Nur Azizati Binti Ahmad

9. Pn. Wan Mahani Binti Wan Hashim

    Tirai minggu persekolahan ke-16 dimulakan dengan perhimpunan rasmi bagi sesi petang.

📌LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI

  • Dipengacarakan oleh Ustazah Norazah Binti Mohd Ali.

Atur cara :

- Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah

- Bacaan doa oleh wakil murid

- Bacaan ikrar Rukun Negara, ikrar keselamatan jalan raya dan ikrar sekolah. 

  • Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh Puan Nik Rosmaliza Binti Nik Hussain. Antara yang dilaporkan ialah :

- Disiplin murid adalah terkawal sepanjang minggu dan  diharapkan lebih baik pada minggu ini. 

- Murid-murid juga diingatkan supaya membuang sampah masing-masing terutama apabila selesai berkumpul di dewan.

  • Seterusnya ialah ucapan daripada guru bertugas minggu ini yang disampaikan oleh Ustazah Norazah Binti Mohd Ali

- Dimulakan dengan pengenalan barisan guru bertugas pada bagi minggu ini. 


Berdiri di tengah Ketua Kumpulan : Ustaz Abdul Hafiz Bin Abdul Halil
Berdiri dari kanan ketua : Pn. Salina Binti Mohd Tasu, Pn. Norazah Binti Mohd Ali, Pn. Nur Rihazrin Bt Rahman 
Berdiri dari kiri ketua : Pn. Nur Azizati Binti Ahmad, Pn. Halijah Binti Mihat, Pn. Wan Mahani Binti Wan Hashim
 
Perkataan LAWAD (Learn A Word A Day)
        Perkataan Bahasa Melayu iaitu senyap = diam
        Perkataan Bahasa Inggeris iaitu que    =  beratur
        Perkataan Bahasa Arab iaitu idarah     = pejabat

  • Ucapan Guru Penolong Kanan Petang  oleh En. Naga Kannan a/l Vadivale
Murid-murid diingatkan agar tidak memaksa atau meminta duit daripada murid lain.

- Perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan buli.

- Murid-murid juga dimaklumkan bahawa pada minggu ini ramai guru yang tiada kerana membawa murid keluar untuk kejohanan sukan.

- Justeru, murid-murid diminta menjaga disiplin, menghormati guru dan mematuhi peraturan

📌 RANGKUMAN CERITA MINGGU INI

PERHIMPUNAN RASMI






CERITERA SEPANJANG MINGGU







Akhir kata semoga segala urusan kita dipermudahkan. Terima kasih atas kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh : Nur Rihazrin Bt Rahman

No comments:

Post a Comment