Sunday, March 17, 2024

Laporan Bertugas Minggu Pertama (Sesi Petang)

Tarikh : 11 Mac hingga 15 Mac 2024

Hari    : Isnin hingga Jumaat

Masa  : 12.30 tengah hari

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan A

1. Saifullah bin Mat Saupi (K)

2. Amalina binti Abd Hamid (P)

3. Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

4. Nazahiyah binti Ab Rahman

5. Nor Farhani binti Mukhtar

6. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

7. Fadhilah binti Talib

8. Nor Azuad bin Md Yusof

9. Sidratul Ayuni binti Aris

Sesi persekolahan tahun 2024/2025 telah bermula pada minggu ini. Hari pertama persekolahan memberi keterujaan kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah terutama murid-murid tahun 1 serta ibu bapa mereka. Murid-murid tahun 2 dan tahun 3 juga penuh bersemangat dan ceria untuk kembali ke sekolah setelah menikmati cuti yang panjang.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetapan tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2024/2025, sebaliknya perlu diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelektual. Fokus utama adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan juga aktiviti-aktiviti seperti suai kenal dan interaksi antara murid dan guru.

Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama ini telah disusun oleh pihak pentadbir dengan kerjasama daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling serta guru-guru.

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada minggu pertama ialah Program Sinergi Mega untuk murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 dan prasekolah manakala Program Transisi khas untuk murid Tahun 1.

Berikut antara kenangan yang berjaya dirakam oleh lensa kamera sepanjang Program Sinergi Mega Tahun 2 dan 3 serta Program Transisi Tahun 1.


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Puan Azizah binti Mokhlas memberi ucapan sempena pembukaan sekolah dan merasmikan
Program Sinergi Mega

 

YDP PIBG Tuan Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad telah memberi sedikit ucapan sempena awal pembukaan sekolah

                             

Taklimat Program Sinergi Mega disampaikan oleh Puan Rozimah binti Yaakob dan pelancaran Program Transisi Tahun Satu sesi 2024/2025

 

Suasana Hari Pertama Persekolahan

 

Murid Tahun 1 mengikuti Program Transisi Minggu Pertama dengan jayanya

 

Program Serlahkan Potensimu (Tahun 2 dan Tahun 3)

 


AKTIVITI HARI SELASA

 


v  Murid Tahun 2, 3 dan Prasekolah mengikuti Program Sinergi Mega iaitu ceramah yang telah disampaikan oleh YDP PIBG Tuan Haji Megat Md Saleh bin Md Arshad

v  Aktiviti "I Love Myself”

v  Aktiviti “Saya Fokus, Saya Cepat, Saya Hebat”

 

AKTIVITI HARI RABU


v  Program Transisi Tahun 1 (Literasi Asas)

                                        

v  Program Sinergi Mega “Hidden Picture”

 

v  Program Sinergi Mega “Teka Silang Kata”

 

v  Permainan Dalaman


v  Aktiviti Tepuk Sorak


AKTIVITI HARI KHAMIS


v  Ceramah Segar dan Sedar oleh En Saadon@Shahdon bin Shamsuddin


v  Transisi Tahun 1

 

v  Aktiviti Pop Kuiz Sains

                      

 v  Aktiviti Roda Emosi


AKTIVITI HARI JUMAAT

 

Aktiviti Mewarna

 

 Aktiviti Prasekolah


Sempena menyambut kedatangan Ramadan, Unit Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah mengadakan Program Ihya Ramadan sepanjang bulan Ramadan ini. Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan beberapa pertandingan yang disertai murid Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Prasekolah. 

 Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan SKTPP 2024 telah diadakan pada hari Jumaat..

 

Pelancaran Program Ihya Ramadan

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih kepada semua guru bertugas Kumpulan A sesi petang atas kerjasama dan komitmen bagi melancarkan tugasan yang diamanahkan dengan jayanya.


Disediakan oleh;

Sidratul Ayuni binti Aris

No comments:

Post a Comment