Friday, March 15, 2024

Program Transisi Tahun Satu 2.0 : Minggu Pertama (11 Mac - 15 Mac 2024)

    Program Transisi Tahun Satu (PTTS) 2.0 adalah program untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri dalam persekitaran baharu di sekolah rendah.


PENGENALAN

PTTS 2.0 dirangka bagi mencapai objektif seperti berikut:

1. Membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan di rumah atau prasekolah/tadika kepada pendidikan formal.

2. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.

3. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.

4. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial serta pembelajaran.

5. Membantu murid mengurus diri sendiri.

6. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.


Program ini disusun dalam dua fasa iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan.

1. Fasa Penyesuaian adalah bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah yang baharu serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru. 

2. Fasa Kesediaan pula bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.


    Oleh itu, selain guru dan pihak sekolah, ibu bapa atau penjaga memainkan peranan penting untuk membantu anak mereka dalam proses transisi dari rumah/prasekolah/tadika ke tahun satu. Antara perkara yang perlu diberi penekanan dan dilaksanakan oleh ibu bapa atau penjaga seperti berikut:

  • Menyediakan anak dari aspek fizikal, sosioemosi dan mental.
  • Memberi dorongan dan gambaran positif tentang pembelajaran di Tahun Satu.
  • Memerhati tingkah laku, perkembangan dan pembelajaran anak.
  • Membantu meningkatkan keyakinan anak dalam pembelajaran.
  • Mengadakan interaksi dengan guru tentang perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

TINDAKAN

    Selaras dengan kehendak KPM, pihak Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah merangka dan menyusun pelbagai aktiviti untuk anak-anak tahun satu. Semua aktiviti akan dijalankan sepenunhnya di dalam kelas bersama guru mata pelajaran semasa. Semoga dengan usaha ini dapat menarik minat murid tahun satu untuk terus hadir ke sekolah dengan rasa gembira dan penuh semangat.


GAMBAR AKTIVITI SEPANJANG MINGGU PERTAMA

Antara gambar yang sempat dirakam:


Perhimpunan rasmi pertama


Perasmian Minggu Transisi oleh Guru Penolong Kanan Petang




Semasa rehat


Aktiviti pertama di dalam kelas-mewarna





















Perasmian Bulan Ihya' Ramadan dan Bulan Dakwah


Tazkirah ringkas oleh Ustaz Mohd Hadri


Murid tahun satu yang berjaya menjawab soalan kuiz


Tahniah semua murid tahun satu atas kehadiran pada minggu ini! 

Kita berjumpa lagi pada minggu hadapan...


Disediakan oleh,
Nur Azizati binti Ahmad

No comments:

Post a Comment