Monday, March 25, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE -2 SESI PETANG 2024

Hari : Isnin - Jumaat

Tarikh : 18 Mac 2024 - 22 Mac 2024

Senarai Nama Guru Bertugas :

Kumpulan B :
  1. En. Wan Roswandy bin Wan Ibrahim (Ketua)
  2. Pn. Nor Arzah binti Hussin (Penolong Ketua)
  3. Pn. Hastipa binti Mat Daud
  4. Pn. Shurhama binti Ahmad
  5. Pn. Suziana binti Mohd Makhtar
  6. Pn. Suphasara Supranie a/p Airak
  7. Hajjah Zalina binti Ismail
  8. Pn. Nor Azian binti Ahmad
  9. Pn. Maizara binti Mahat
  10. En. Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

Dari kiri : Pn Azian, Pn Nor Arzah, En Zulhadi, En Roswandy, Pn Hastipa, Pn Suziana dan Pn Zalina


Minggu persekolahan ke-2 telah melabuhkan tirai. Minggu ini merupakan giliran kumpulan B bertugas. Alhamdulillah sesi persekolahan kali ini berjalan dengan lancar dan teratur. . 

Berikut adalah laporan sepanjang minggu ini : 

Seperti biasa, hari Isnin setiap minggu dimulai dengan Perhimpunan Rasmi Mingguan. 

Perhimpunan  Rasmi pada minggu ini telah dikendalikan oleh Puan Nor Arzah binti Hussin . Ianya dimulai dengan 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah kemudian disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh adik Megat Mohd Amjad Al Rajhi bin Megat Mohd Salleh dari kelas 3 Lamborghini. Puan Nor Arzah binti Hussin selaku pengerusi majlis hari ini memimpin bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya. Bacaan ikrar murid dipimpin oleh adik Aqeef Qawiem bin Arzeky dari kelas 3 Volkswagen. 





Seterusnya, Pengacara Majlis memperkenalkan perkataan LAWAD pada minggu ini, iaitu :

Bahasa Melayu             : Kunjung - ziarah

Bahasa Inggeris            : Culture - budaya

Bahasa Arab                  : Maktabun - meja

Manakala tema minggu ini ialah Disiplin dan Keselamatan. Disertakan di sini intipati tajuk tema yang telah disampaikan oleh Pengacara Majlis, Pn Nor Arzah binti Hussin. Beliau menekankan aspek disiplin dalam kalangan murid kerana setiap tempat dan kawasan mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi khususnya dalam kawasan sekolah.

Perhimpunan diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Guru bertugas pada minggu lepas iaitu En Azuad bin Md Yusof.

Antara intipati yang disampaikan beliau ialah :
1. Memastikan kebersihan di kelas dan kantin di tahap terbaik.
2. Memastikan tiada amalan pembaziran elektrik yang berlaku dalam kawasan sekolah.Murid hendaklah sentiasa menutup suis lampu dan kipas sebelum meninggalkan kelas.
3.Beliau mengharapkan penambahbaikan aspek yang ditekankan pada minggu seterusnya.

Seterusnya ialah Ucapan Penangguhan oleh Penolong Kanan Petang iaitu Pn. Rohaya binti Rosdi.
1. Memastikan disiplin sentiasa dijaga oleh smua murid SK Taman Putra Perdana.
2. Memastikan tiada murid bercakap semasa perhimpunan.

Perhimpunan ditangguhkan jam 1.30 petang selepas penyuraian murid ke kelas masing - masing mengikut tangga yang ditetapkan.






Berikut pula adalah sedikit coretan ringkas rangkuman sepanjang minggu ini.

1. Mesyuarat Panitia





2. Kutipan tabung Ihya Ramadhan


3. Suasana di kantin sewaktu rehat murid sesi petang







4. Suasana ketika murid datang dan pulang dari sekolah.









Penutup : 
 
Terima kasih kepada semua guru bertugas kumpulan B kerana berjaya melaksanakan tugasan pada minggu ini dengan jayanya. Disiplin murid sangat terkawal. Diharapkan semua murid  sentiasa bersemangat melalui setiap minit di sekolah untuk minggu yang akan datang.

Sekian, terima kasih. 

Disediakan oleh, 
Mohd Zulhadi bin Mohd Salleh

No comments:

Post a Comment