Monday, April 1, 2024

Majlis Sambutan Nuzul Quran Sesi Pagi

Nuzul Quran bermaksud penurunan Al Quran dari langit kepada Nabi Muhammad SAW. Penurunan Al Quran berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-41 hijrah di Gua Hira melalui perantara Jibril a.s. Diantara amalan keutamaan pada bulan Ramadan adalah memperbanyakkan membaca Al Quran. 

Justeru, bagi mengingati dan menghayati  sirah penurunan Al Quran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah menganjurkan Majlis Sambutan Nuzul Quran Peringkat Sekolah. Ia diadakan pada ketetapan yang berikut : 

Program : Ceramah Nuzul Quran 

Tarikh : 29 Mac 2024 (Jumaat) 

Masa : 7.50 - 11.00 pagi 

Tempat : Dewan Perdana SKTPP

Penceramah : Ustaz Zurilazman bin Abdullah. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom. Kemudian majlis diteruskan dengan ceramah Nuzul Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah. Beliau juga merupakan guru bahasa arab SKTPP. 

Dalam ceramahnya, beliau telah menekankan keutamaan membaca Al Quran dan mempelajarinya. Ia merupakan fardhu ain yang perlu dipelajari oleh semua muslim. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang merupakan bulan yang penuh dengan barakah dan kemuliaan. 

Penghayatan serta amalan yang baik juga harus dipraktikkan dalam membaca Al Quran juga ditekankan oleh penceramah. Beliau mengajak murid-murid serta warga SKTPP supaya bertadabbur menghayati dan memahami isi kandungan dalam Al Quran. Penghayatan ini membawa pengamalan yang baik dalam kehidupan seharian. 

Selesai ceramah telah diadakan kuiz Nuzul Quran. Murid-murid dilihat dapat menjawab soalan-soalan yang telah diajukan dengan baik. Penglibatan murid PPKI dan Pra Sekolah juga amatlah menggalakkan. Ini bermakna murid-murid faham dan fokus dengan isi ceramah ketika disampaikan. 

Berikut adalah rangkuman lensa sepanjang aktiviti dijalankan. 

Majlis Sambutan Nuzul Quran anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

Murid- murid berada di dewan tepat jam 8 pagi

Jawatankuasa Hadiah bersiap sedia dengan tugasan masing-masing.

Guru-guru mengenakan tema warna kelabu.

Tahniah semua guru hadir memeriahkan sambutan Nuzul Quran.

Murid-murid tahun 6 fokus dengan penyampaian ceramah.

Murid pra sekolah juga mengikuti aktiviti yang dianjurkan.

Penceramah Sambutan Nuzul Quran - Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Bacaan Doa - Ustaz Zairuddin bin Mohamad Kelsom

Pengerusi Majlis - Ustazah Salina bt Hashim

Semoga majlis sambutan Nuzul Quran ini akan terus diadakan pada masa akan datang bukan sahaja untuk menyeru dan mengajak generasi mendekatkan dengan amalan membaca dan tadabbur Al Quran, tapi penghayatan kepada ibrah disebalik ketinggian Al Quran itu fokus utama dalam menjana generasi celik Al Quran. 


Disediakan oleh : 

Pn Umi Nazrah bt Saharoni

No comments:

Post a Comment