Assalamualaikum. Salam Sejahtera dan salam Anak yang Baik lagi Cerdik.
Pada 3 April 2024 (Rabu), sekolah telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda bagi Sesi Pagi dan Sesi Petang. Majlis Watikah Pelantikan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada semua murid yang terpilih untuk menjadi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bagi tahun 2024. Majlis ini diadakan untuk memberi motivasi yang membina kepada murid - murid lain agar mencontohi keperibadian pemimpin sekolah.
Buku Program Majlis
Majlis penyampaian watikah pelantikan pemimpin muda dilangsungkan dalam beberapa kategori iaitu:
- Pelantikan watikah pengawas sekolah
- Pelantikan watikah pengawas pusat sumber sekolah
- Pelantikan watikah pembimbing rakan sebaya (PRS)
- Pelantikan ketua kelas dan penolong ketua kelas
Gambar Pengawas Sekolah yang menerima watikah pelantikan (Sesi Pagi)
Gambar Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang menerima watikah pelantikan
(Sesi Pagi)
(Sesi Petang)
Gambar Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang menerima watikah pelantikan
(Sesi Pagi)
(Sesi Petang)
Gambar Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang menerima watikah pelantikan (Sesi Pagi)
Penyampaian watikah sebegini merupakan penghargaan kepada murid - murid yang terpilih berdasarkan ketrampilan dan sahsiah yang baik. Semoga murid - murid yang terpilih ini dapat menjalankan tanggungjawab sebagai mata dan telinga kepada pihak sekolah. Seterusnya, menjadi suri teladan kepada murid - murid yang lain.
Berikut merupakan selingan gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung:
Gambar Pengacara Majlis (Sesi Pagi)
Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pengawas sekolah (Sesi Pagi)
Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pusat sumber sekolah (Sesi Pagi)
Gambar lafaz ikrar yang dipimpin oleh ketua pembimbing rakan sebaya (PRS)
(Sesi Pagi)
Gambar lafaz ikrar daripada wakil ketua kelas dan penolong ketua kelas
(Sesi Pagi)
Ucapan terima kasih diberikan kepada barisan pentadbir, pegawai perhubungan sekolah, AJK pelaksana, barisan guru serta murid dalam menjayakan majlis ini.
Sekian laporan.
No comments:
Post a Comment