Wednesday, May 8, 2024

 MESYUARAT PERMUAFAKATAN PPKI SK TAMAN PUTRA PERDANA BIL 1/ 2024

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Pada 27 April 2024, PPKI SKTPP telah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan PPKI bersama ibu bapa di Terminal Muafakat bermula 8.30 pagi. Mesyuarat ini bertujuan untuk:

  • Membincangkan aktiviti tahunan 2024
  • Membincangkan masalah atau isu-isu berkaitan murid-murid PPKI
  • Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga PPKI
  • Mewujudkan kerjasama antara guru dan ibu bapa 
Mesyuarat telah bermula dengan ucapan PK Pendidikan Khas, En. Asrulafandi Bin Ismail. Beliau telah memperkenalkan para guru PPKI dan membentangkan minit mesyuarat permuafakatan tahun 2023 berkenaan hal kurikulum, Hal ehwal murid dan kokurikulum PPKI. Seterusnya, YDP PIBG telah memberikan ucapannya berkaitan hal-hal murid PPKI dan cabaran yang dihadapi oleh guru. Laporan Kewangan berakhir 8 Februari 2024 juga turut dibentangkan oleh PKPPKI. 

Sijil Penghargaan telah disampaikan kepada barisan AJK 2023 yang hadir. Seterusnya, AJK baru bagi sesi 2024/2025 telah diundi dan dilantik. 

AJK PERMUAFAKATAN PPKI 2024/ 2025

Pengerusi : Dato Azri Bin Che Zan

Naib Pengerusi : Pn.Sakinah Binti Abdul Manaf

Setiausaha : Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed

Bendahari : Pn. Nurhayati Binti Mohamed Nor

AJK Ibu bapa: En. Wan Abdul Aziz/ Pn. Suhaila

 En. Mohd Safrizal

Pn. Siti Hazimah

 Pn. Najwa Sarah

   En. Iskandar Hadi

Juru Audit :   Pn. Pusparani Ranasimgam (Guru)

  En. Yusri ( Ibu bapa)


 Ucapan PK PPKI, En. Asrulafandi bin Ismail


Sebahagian ibu bapa yang hadir


Penyampaian Sijil penghargaan kepada AJK 2023, Pn. Rohimah


Barisan AJK 2024/ 2025 


Gambar Kumpulan warga PPKI


Mesyuarat telah berakhir pada pukul 10.45 pagi.


No comments:

Post a Comment