... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, May 9, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-18 (Sesi Petang)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 9 Mei 2016
Masa      : 1.20 - 2.10 petang
Tempat   : Dewan Perdana

Guru bertugas
1. Puan Arnny Yusnita  (ketua)
2. Puan Yusnita
3. Puan Norazean
4. Puan Arzah
5. Puan Suriyana
6. Encik Wan Mohd Roswandy

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1. Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah telah dipimpin oleh      Puan Salmi Amir.
2. Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Syahmi Wafiq (3 Tabla).
3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Puan Yusnita
4. Bacaan Ikrar Murid telah dipimpin oleh adik Aleef Qawiem (3 Kompang).









Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dibaca oleh Puan Yusnita  
Bacaan doa oleh adik Syahmi Wafiq   

Barisan guru bertugas

 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Fadhilah)
1. Mengingatkan murid-murid agar tidak membeli makanan di luar sekolah
2. Murid dinasihatkan agar tidak bermain hujan, tidak berlari dan sentiasa menjaga keselamatan diri.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahun 1
Pertama : Intelek
Kedua   : Cerdik
Ketiga   : Fokus

Tahun 2
Pertama : Ferum
Kedua   : Platinum
Ketiga   : Vanadium

Tahun 3
Pertama : Angklung
Kedua   : Nafiri
Ketiga   : Bonang



Penyampaiam hadiah keceriaan

Ketua kelas 1 Intelek menerima hadiah daripada Puan Jumilah
Ketua kelas 2 ferum menerima hadiah daripada Puan Jumilah
Ketua kelas 3 Angklung menerima hadiah daripada Puan jumilah
 LAWAD
Bahasa Melayu:
melawan

Bahasa Inggeris:
rules

Bahasa Arab
sarieron

Ucapan Guru Bertugas (Puan Yusnita)

Tema: Melayari Laman Sosial Secara Berhemah
Laman sosial berfungsi untuk merapatkan hubungan dan mendapatkan info dengan tepat. Terdapat pelbagai jenis laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain. Kita harus menggunakan kemudahan ini dengan cara yang betul dan berhemah. Kita tidak seharusnya leka dengan penggunaan laman sosial ini sehingga mengabaikan pelajaran.


Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah)
1. Menasihatkan murid agar menghormati guru.seperti mendengar cakap guru.
2. Beri salam apabila berjumpa dengan guru.
3. Murid mesti memakai pas keluar kelas dan pas solat apabila hendak ke tandas dan surau.
4. Murid mesti berjalan semasa hendak ke surau dan jangan berlari.

Ucapan PK Petang

Perhimpunan ditamatkan pada puukul 2.10 petang

Ops Mengalih Tiang Telefon Roboh

Terima kasih diucapkan kepada pekerja pembersihan yang telah bersusah-payah mengalihkan tiang telefon roboh yang terletak di luar pagar sekolah. Bangkai telefon awam itu telah sekian lama mencacatkan pemandangan sekolah namun tidak diambil tindakan memandangkan ia berada di luar kawasan sekolah dan terlalu berat untuk diangkat. Semoga ia dapat menceriakan lagi suasana dan menyebabkan anak-anak murid semakin suka hadir ke sekolah...








Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-18 (Sesi Pagi) dan Majlis Meraikan Kejayaan Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin

Tarikh : 9 Mei 2016
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Azlina binti Mat Isa

Guru bertugas :
1. Tarmiji bin Sabali
2. Norazian binti Mat Isa
3. Musaliha binti Mustafa
4. Nurhayati binti Mohamed Nor
5. Siti Masra binti Abdul Kadir
6. Noriza binti Md Nor
7. Norziani binti Zubir
8. Azlina binti Mat Isa

Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Astina bt Mahad Nor.
  • Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn. Azlina binti Mat Isa
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).
Majlis Meraikan Kejayaan Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin

Majlis ringkas ini bertujuan untuk meraikan adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin; Tahun 6 Sigma atas kejayaan yang telah dirangkul dalam Kejohanan Balapan dan Padang  Majlis Sukan Sekolah Malaysia ke-58 di Kuala Terengganu minggu lepas.
Pencapaian :  4 x 100 meter (emas)
                         4 x 200 meter (emas)
Nabil juga telah membantu Selangor merangkul Johan Keseluruhan dalam kejohanan tersebut dengan menamatkan dominasi juara bertahan Sarawak selaku Johan Olahraga MSSM ini selama 6 tahun berturut-turut sejak 2010....

Ketibaan adik Muhammad Nabil Qayyum bersama bapanya Encik Zainuddin bin Alang  dan ibunya Puan Norafza binti Mansor bersama barisan pentadbir sekolah diiringi paluan kompang dan bunga manggar.




Puan Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana menyampaikan jambangan bunga sebagai penghargaan atas kejayaan adik Muhammad Nabil Qayyum.


Ucapan daripada NYDP PIBG, YM Tg Syawaluddin bin Tg Mamat dan Puan Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 



Sesi bergambar bersama warga SK Taman Putra Perdana dan ibu bapa adik Muhammad Nabil Qayyum.








Syabas buat Nabil serta ibu dan bapanya. Semoga kejayaan yang sangat harum ini akan menyuntik semangat kepada murid-murid lain untuk berusaha hingga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Insya Allah tiada yang mustahi jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik. Nabil telah membuktikannya. Kami bangga dengan pencapaian Nabil yang sangat bersejarah ini!


Tahniah Nabil!

Jamuan meraikan Nabil yang banyak berjasa

Sunday, May 8, 2016

Selangor Juara Keseluruhan MSSM Ke-58 2016

Syabas buat kontingen Selangor atas kejayaan menjadi Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-58 2016. 
Tahniah buat Nabil, SKTPP, Sepang dan Selangor!!!



Nabil bersama kontingen Selangor bergembira meraikan kejayaan memecahkan dominasi Sarawak yang menjadi Juara Keseluruhan Olahraga MSSM 6 tahun berturut-turut sejak 2010. Selangor Hebat!

Saturday, May 7, 2016

Tahniah Nabil 2 Emas MSSM

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan buat adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin, murid Tahun 6 Sigma atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali Ke-58 yang berlangsung di Kuala Terengganu. Nabil dan pasukan 4 X 100m dan 4 X 200m telah berjaya menjadi juara dan merangkul Pingat Emas dalam kedua-dua acara tersebut pada 5 Mei 2016 (Khamis) dan 7 Mei 2016 (Sabtu).
   Seluruh warga sekolah merasa sangat bangga dan terharu dengan pencapaian Nabil. Malah lebih membanggakan ialah Nabil dan rakan-rakan relaynya telah membantu Selangor menjadi Juara dalam kejohanan MSSM tersebut memandangkan setakat semalam Sarawak masih mendahului di depan. Syukur alhamdulillah atas kejayaan yang Kau berikan ini. Kami merasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah yang tak tahu bila lagi akan berulang. Tahniah Nabil, ibu bapa Nabil, jurulatih dan semua warga SKTPP!

Nabil bersama rakan-rakan semasa menjuarai acara 4x100m





Study Group Program The Champion Bulan Mei Minggu Pertama

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan 4 dan Kumpulan 6 Program The Champion yang telah melaksanakan study group pada petang tadi di pejabat kepunyaan Yang Dipertua PIBG SKTPP (Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian).

Kumpulan 4 : 2.00 ptg hingga 4.00 ptg
Kumpulan 6 : 4.00 ptg hingga 6.00 ptg

Gambar peserta Kumpulan 4:

Bersama-sama membuat latihan subjek Sains dan English
 


 Gambar peserta Kumpulan 6:

Hanya bertiga. Dua orang lagi ke Seminar UPSR di UPM

Tuesday, May 3, 2016

Lawatan Penanda Arasan PPDa GPK HEM Gombak

Seramai 34 orang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah-Sekolah Daerah Gombak telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa SK Taman Putra Perdana.  Kedatangan pelawat-pelawat ini juga turut diraikan oleh NYDP PIBG, YM Tengku Norsyawaluddin bin Tengku Mamat.


Semua peserta rombongan dan pegawai yang datang berpuas hati dengan maklumat yang telah disampaikan. Banyak perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan hasil dari lawatan ini. Mereka merasa sungguh bertuah dan teruja melihat pengurusan Bilik Sumber PPDa SKTPPSemoga lawatan ini akan memberi banyak info dan meniupkan semangat kepada pemimpin sekolah untuk melaksanakan arahan KPM menjayakan program PPDa ini dengan sebaik mungkin.
Agenda lawatan :

9:45 pg.     -      Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
10:00 pg.   -      Ucapan Guru Besar
10:10 pg.   -      Ucapan Wakil GPK HEM Daerah Gombak
10:20 pg.   -      Tayangan Multimedia
10:30 pg.   -      Penyampaian Cenderamata
10:45 pg.   -      Perkongsian  Ilmu Pengurusan  Fail PPDa
11:15 pg.   -      Jamuan
11:30 pg.   -      Bersurai












Bergambar ramai sebagai kenangan

Disediakan oleh : 
Visva Vilasini Goppal