Saturday, May 7, 2016

Tahniah Nabil 2 Emas MSSM

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan buat adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin, murid Tahun 6 Sigma atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali Ke-58 yang berlangsung di Kuala Terengganu. Nabil dan pasukan 4 X 100m dan 4 X 200m telah berjaya menjadi juara dan merangkul Pingat Emas dalam kedua-dua acara tersebut pada 5 Mei 2016 (Khamis) dan 7 Mei 2016 (Sabtu).
   Seluruh warga sekolah merasa sangat bangga dan terharu dengan pencapaian Nabil. Malah lebih membanggakan ialah Nabil dan rakan-rakan relaynya telah membantu Selangor menjadi Juara dalam kejohanan MSSM tersebut memandangkan setakat semalam Sarawak masih mendahului di depan. Syukur alhamdulillah atas kejayaan yang Kau berikan ini. Kami merasa bangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah yang tak tahu bila lagi akan berulang. Tahniah Nabil, ibu bapa Nabil, jurulatih dan semua warga SKTPP!

Nabil bersama rakan-rakan semasa menjuarai acara 4x100m





No comments:

Post a Comment