Monday, May 9, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-18 (Sesi Petang)

Hari        : Isnin
Tarikh     : 9 Mei 2016
Masa      : 1.20 - 2.10 petang
Tempat   : Dewan Perdana

Guru bertugas
1. Puan Arnny Yusnita  (ketua)
2. Puan Yusnita
3. Puan Norazean
4. Puan Arzah
5. Puan Suriyana
6. Encik Wan Mohd Roswandy

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1. Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah telah dipimpin oleh      Puan Salmi Amir.
2. Bacaan doa telah dipimpin oleh adik Syahmi Wafiq (3 Tabla).
3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Puan Yusnita
4. Bacaan Ikrar Murid telah dipimpin oleh adik Aleef Qawiem (3 Kompang).









Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dibaca oleh Puan Yusnita  
Bacaan doa oleh adik Syahmi Wafiq   

Barisan guru bertugas

 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Fadhilah)
1. Mengingatkan murid-murid agar tidak membeli makanan di luar sekolah
2. Murid dinasihatkan agar tidak bermain hujan, tidak berlari dan sentiasa menjaga keselamatan diri.


Laporan Keceriaan Kelas

Tahun 1
Pertama : Intelek
Kedua   : Cerdik
Ketiga   : Fokus

Tahun 2
Pertama : Ferum
Kedua   : Platinum
Ketiga   : Vanadium

Tahun 3
Pertama : Angklung
Kedua   : Nafiri
Ketiga   : Bonang



Penyampaiam hadiah keceriaan

Ketua kelas 1 Intelek menerima hadiah daripada Puan Jumilah
Ketua kelas 2 ferum menerima hadiah daripada Puan Jumilah
Ketua kelas 3 Angklung menerima hadiah daripada Puan jumilah
 LAWAD
Bahasa Melayu:
melawan

Bahasa Inggeris:
rules

Bahasa Arab
sarieron

Ucapan Guru Bertugas (Puan Yusnita)

Tema: Melayari Laman Sosial Secara Berhemah
Laman sosial berfungsi untuk merapatkan hubungan dan mendapatkan info dengan tepat. Terdapat pelbagai jenis laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan lain-lain. Kita harus menggunakan kemudahan ini dengan cara yang betul dan berhemah. Kita tidak seharusnya leka dengan penggunaan laman sosial ini sehingga mengabaikan pelajaran.


Ucapan Guru Penolong Kanan Petang (Puan Jumilah)
1. Menasihatkan murid agar menghormati guru.seperti mendengar cakap guru.
2. Beri salam apabila berjumpa dengan guru.
3. Murid mesti memakai pas keluar kelas dan pas solat apabila hendak ke tandas dan surau.
4. Murid mesti berjalan semasa hendak ke surau dan jangan berlari.

Ucapan PK Petang

Perhimpunan ditamatkan pada puukul 2.10 petang

No comments:

Post a Comment