Monday, May 9, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-18 (Sesi Pagi) dan Majlis Meraikan Kejayaan Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin

Tarikh : 9 Mei 2016
Hari : Isnin
Masa : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Azlina binti Mat Isa

Guru bertugas :
1. Tarmiji bin Sabali
2. Norazian binti Mat Isa
3. Musaliha binti Mustafa
4. Nurhayati binti Mohamed Nor
5. Siti Masra binti Abdul Kadir
6. Noriza binti Md Nor
7. Norziani binti Zubir
8. Azlina binti Mat Isa

Nyanyian, Bacaan doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Astina bt Mahad Nor.
  • Bacaan doa oleh adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Pn. Azlina binti Mat Isa
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta).
Majlis Meraikan Kejayaan Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin

Majlis ringkas ini bertujuan untuk meraikan adik Muhammad Nabil Qayyum bin Zainuddin; Tahun 6 Sigma atas kejayaan yang telah dirangkul dalam Kejohanan Balapan dan Padang  Majlis Sukan Sekolah Malaysia ke-58 di Kuala Terengganu minggu lepas.
Pencapaian :  4 x 100 meter (emas)
                         4 x 200 meter (emas)
Nabil juga telah membantu Selangor merangkul Johan Keseluruhan dalam kejohanan tersebut dengan menamatkan dominasi juara bertahan Sarawak selaku Johan Olahraga MSSM ini selama 6 tahun berturut-turut sejak 2010....

Ketibaan adik Muhammad Nabil Qayyum bersama bapanya Encik Zainuddin bin Alang  dan ibunya Puan Norafza binti Mansor bersama barisan pentadbir sekolah diiringi paluan kompang dan bunga manggar.




Puan Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana menyampaikan jambangan bunga sebagai penghargaan atas kejayaan adik Muhammad Nabil Qayyum.


Ucapan daripada NYDP PIBG, YM Tg Syawaluddin bin Tg Mamat dan Puan Rohaidah bt Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana 



Sesi bergambar bersama warga SK Taman Putra Perdana dan ibu bapa adik Muhammad Nabil Qayyum.








Syabas buat Nabil serta ibu dan bapanya. Semoga kejayaan yang sangat harum ini akan menyuntik semangat kepada murid-murid lain untuk berusaha hingga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Insya Allah tiada yang mustahi jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik. Nabil telah membuktikannya. Kami bangga dengan pencapaian Nabil yang sangat bersejarah ini!


Tahniah Nabil!

Jamuan meraikan Nabil yang banyak berjasa

No comments:

Post a Comment