Monday, August 2, 2010

Laporan Perhimpunan Pagi Minggu Ke 28 (Sesi pagi)

Tarikh : 2 Ogos 2010
Masa : 7.45 - 8.50 pagi
Guru Bertugas :
1. Puan Suhaizan (K)
2. Puan Nahdatul Shima
3. Puan Nik Kamisah
4. En. Musriduan
5. En. Hamidi

Laporan perhimpunan:
Murid beratur dataran perhimpunan biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 5 orang murid, wakil dari Unit Pengakap yang menjalankan tugas menaikkan bendera.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh En. Hamidi dan Ikrar Murid oleh Ketua pengawas.
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Maimunah) :

4.1 Puan maimunah menegur pelajar untuk beratur ketika membeli makanan di kantin.
4.2 Beliau juga memperkatakan berkaitan para pelajar tahun 6 yang tidak mempunyai alat tulis sendiri.
4.3 Turut disentuh berkaitan disiplin murid tahun 6 yang semakin merosot walaupun peperiksaan UPSR semakin hampir.
4.4 Murid tidak mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari setiap hari contohnya salam semasa bertemu guru atau pelawat.
4.5 Terdapat segelintir murid yang ponteng sekolah.
4.6 Pada waktu perhimpunan, para pelajar tidak mendengar arahan guru untuk beratur dengan senyap, terutamanya murid tahun 6.
4.7 Puan Maimunah menjemput Guru Besar untuk menyampaikan sijil kepada kelas terbersih mingguan:
Tahun 1 - Myvi
Tahun 5 – Alamanda
Tahun 6 - Aurum

5. Ucapan guru bertugas (En. Hamidi b. Abu) :
5.1 En Hamidi memberikan peringatan agar murid tidak bermain-main atau berlegar –legar di kawasan tapak perhimpunan semasa rehat. Murid boleh menggunakan laluan di koridor kelas untuk bergerak jika ke bilik khas.
5.2 En Hamidi juga mengumumkan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
5.3 Guru bertugas menjemput murid Nur Eleya bt. Zainal Abidin yang telah menyertai Pertandingan Bintang Kecil 2010 Anjuran RTM untuk membuat persembahan nyanyian lagu “Anggapanku” yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain.
5.4 Guru Besar dijemput untuk menyampaikan trofi dan sijil penyertaan.
6. Ucapan Guru Besar – Encik Sukimin bin Juki
6.1 En. Sukimin menerangkan tentang kecerdasan pelbagai bagi setiap murid serta mengajak murid terlibat aktif dalam aktiviti yang dapat meningkatkan keupayaan diri pelajar.
6.2 Beliau juga memberitahu bahawa setiap minggu ketiga setiap bulan seorang atau sekumpulan murid akan di jemput untuk membuat persembahan dihadapan tapak perhimpunan.

7. LAWAD

7.1 En. Hamidi membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – Misteri yang merupakan fenomena yang tidak dapat diterangkan
BI – Bedroom yang bermaksud bilik tidur
ARAB –“Kitabun” yang bermaksud buku.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.50 pagi.

2 comments: