Monday, August 9, 2010

Perhimpunan Pagi (9 Ogos 2010)

Tarikh : 9 Ogos 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :1. Encik Hafiz (K) 2. Puan Linda Adam 3. Puan Astina4. Puan Jumilah 5. Puan Noriza 6. Cik Norliza 7. Pn. Zulastri
Laporan perhimpunan:
Murid beratur dataran perhimpunan biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :
1. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2.Bacaan doa oleh adik Amirul Hafiz dari kelas 6 Titanium.
3. Tiga orang pengawas sekolah menjalankan tugas menaikkan bendera.
4. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Linda dan Ikrar Murid oleh pengawas yang bertugas iaitu adik Mastura dari kelas 6 Titanium.
5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Hamidi) :
5.1 Encik Hamidi menegur pelajar kerana masih ramai murid membuang sampah merata- rata.
5.2 Pesanan beliau agar murid-murid membuang sampah ke dalam tong sampah.
6. Laporan kelas terbersih minggu lepas:
6.1 Tahun 1 - 1 Myvi
6.2 Tahun 5 - 5 Alamanda
6.3 Sijil telah disampaikan oleh Puan Jamilah Ariffin
7.Ucapan guru bertugas (Pn. Linda Adam) :
7.1 Pn. Linda Adam mengumumkan nama guru bertugas.
7.2 Beliau menasihatkan murid yang telah tidak sihat dari rumah agar memaklumkan
perkara tersebut kepada ibu bapa mereka dan berehat dirumah.
8. Ucapan Puan Jamilah Ariffin:
8.1 Puan Jamilah mengarahkan murid-murid Tahun 6 terutama murid lelaki agar makan
dengan sopan pada waktu rehat dan tidak membaling ketulan air batu kepada murid-
murid lain.
8.2 Beliau turut meminta semua murid membuang bungkusan kosong ke dalam tong
sampah.
9. Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam (Pn. Norlida)
9.1 Sempena Ramadhan yang bakal menjelang, Panitia Pendidikan Agama Islam akan
mengadakan program Tadarus Al-Quran pada waktu rehat.
9.2 Murid yang telah mendaftar bagi mengikuti program diminta keluar kelas 5 minit
sebelum rehat untuk berwudhuk.
9.3 Kedatangan murid akan diambil dan murid terlibat akan diberikan cenderahati.
10. LAWAD
10.1 Pn. Linda membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – Brosur
BI – Into yang bermaksud ke dalam
ARAB –“Mudirun” yang bermaksud guru besar.
10.2 Kuiz LAWAD minggu ini diberikan kepada 4 orang pemenang dari kelas 5 Carnation,
5 Alamanda dan 6 Ferum.
Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.
Posted by Noriza & Norliza

No comments:

Post a Comment