Tuesday, August 10, 2010

SESI PEMBENTANGAN - PERTANDINGAN KODU KUP 2010

Bengkel KoduKup telah dijalankan pada 3 Julai 2010 dan 6 orang murid tahun 5 Alamanda telah menyiapkan binaan permainan Kodu mereka. Mereka ialah :

1. AMIRAH YASMIN - 5 ALAMANDA
2. RAIMI BIN RIDZUAN - 5 ALAMANDA
3. MUHD AMIRUL BIN ADLI - 5 ALAMANDA
4. HANIS ILYA BT MOHD SHAHARIZAD - 5 ALAMANDA
5. PRIVENA A/P GANESON - 5 ALAMANDA
6. SANJAY A/L DEVADAS - 5 ALAMANDA

Sehubungan itu, sesi pembentangan binaan permainan telah dijalankan untuk memberi peluang murid menerangkan mengenai permainan Kodu yang mereka bina. Disamping itu, murid dan rakan boleh berkongsi idea untuk menambah baik hasil binaan mereka. Sesi ini dijalankan sebanyak 2 fasa iaitu :

  • Fasa 1 - Sabtu, 7 Ogos 2010
  • Fasa 2 - Selasa, 10 Ogos 2010

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sesi pembentangan :

Pembentangan oleh Amirah Yasmin


Sebilangan kecil murid dijemput untuk mendengar penerangan dan mencuba permainan yang dibina


Pembentangan oleh Raimi


Raimi memberi penerangan dengan penuh semangat


paparan 'arahan permainan' yang dibuat Yasmin


Pembentangan oleh Hanis Ilya

Murid lain mencuba permainan selepas sesi pembentangan




Hasil pembentangan, peserta diberi cadangan dan beberapa panduan untuk membaiki/menambahbaik hasil permainan yang dibina. Permainan yang telah lengkap, akan diupload ke laman web http://www.kodukup.com/ sebelum 20 Ogos 2010.

No comments:

Post a Comment