... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, August 2, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 28 (SESI PETANG)

Tarikh : 2 Ogos 2010
Masa : 6.00 – 6.30 petang
Guru Bertugas
: Puan Zabedah (K)
: Puan Norazah
: Puan Hasmawate
: Puan Ummi Maslinda
: Puan Nurazlin
: Encik Illias

Laporan perhimpunan:

1. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Salmi. Acara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Bulan Sabit Merah.
2. Bacaan doa oleh Muhammad Afham Syahir b. Muhd Shahrin (4 Linux)
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Ummi Maslinda dan Ikrar Murid oleh Muhammad Zulhilmi b. Zainol (4 Unix).
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : Puan Arnny Yusnita
4.1 Elakkan dari bermain untuk menghindarkan diri dari kemalangan.
4.2 Larangan mengusik barang-barang kawan yang berada di dalam bilik-bilik khas.
4.3 Bersama menjaga harta benda sekolah.
4.4 Larangan bermain dengan barang-barang hak milik kantin.
4.5 Penggunaan buku keluar-masuk solat kurang memuaskan - murid di harapkan supaya rajin
menunaikan solat.
5.LAWAD
BM – MISTERI bermaksud sesuatu peristiwa atau perkara yang tidak dapat dijelaskan.
BI – CULTURE bermaksud budaya.
ARAB – KITABUN bermaksud buku.
6. Ucapan Puan Arzah (Guru Bimb. & Kaunseling) :
6.1 Folio Kerjaya – Murid-murid tahun 4 digalakkan menyertainya.
7. Ucapan Guru Bertugas : Puan Ummi Maslinda
7.1 murid dinasihati agar tidak bermain di lobi dan kawasan tempat letak kereta bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
7.2 murid juga diingatkan supaya hanya membeli makanan di kantin sekolah.
7.3 Aktiviti / Program Bulan Kemerdekaan anjuran Panitia Sivik & Panitia Kajian Tempatan
sepanjang Bulan Ogos - Semua murid digalakkan menyertai semua aktiviti yang dianjurkan.
7.4 Program Nilam - Semua murid dikehendaki menghantar Buku Nilam yang lengkap dan merekodkan 20 buah buku ke atas kepada Pn. Zabedah mulai 2/8/10 - 7/8/10.
7.5 Program Kitar Semula - Pemenang bagi bulan Julai ( Kutipan Kotak Minuman):
1. Tahun 1 Savvy (4.4kg)
2. Tahun 3 Tiung (3.4kg)
3. Tahun 4 Midori (3.1kg)
7.6 Kutipan derma bagi kematian ibu kepada adik Nur Azizah Bt Izham (Tahun 4 Xenix) - murid-murid boleh menyumbangkan derma bagi kutipan yang akan dijalankan.
Perhimpunan tamat pada pukul 6.30 petang.

No comments:

Post a Comment