Friday, August 20, 2010

PENYAMPAIAN HADIAH MINGGU PANITIA MATEMATIK

















Bersempena dengan Minggu Panitia Matematik yang diadakan dari 9 Ogos hingga 13 Ogos 2010 yang lalu, beberapa aktiviti berbentuk pertandingan telah dijalankan untuk setiap murid bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan dengan jayanya pada 16 Ogos 2010 untuk sesi pagi yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Sukimin bin Juki manakala untuk sesi petang, Penolong Kanan Petang, Puan Siti Hanim bt Sungit juga telah sukacita menyampaikan trofi kepada para pemenang bagi Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga pada 19 Ogos 2010.

Aktiviti-aktiviti yang telah dipertandingkan ialah:
  • Bijak Warna (Tahun 1)
  • Teka Silangkata (Tahun 2)
  • Kuiz Sifir (Tahun 3)
  • Kuiz Matematik Berkumpulan (Tahun 4)
  • Sudoku (Tahun 5)
  • Kuiz Matematik Individu (Tahun 6)

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berjaya dan juga untuk guru matematik khasnya kerana telah bertungkus lumus menjayakan Minggu Matematik serta kepada semua guru yang terlibat secara tidak langsung untuk program ini amnya.


No comments:

Post a Comment