Saturday, December 11, 2010

Pengumuman Penting: Penutupan Kelas

Dalam semakan audit pagi tadi, bilangan kelas yang yang diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi persekolahan tahun hadapan telah dikurangkan sebanyak 3 kelas berbanding dengan perancangan awal pihak sekolah. Ini berikutan langkah penjimatan kerajaan.

Tahun yang terlibat dengan pengurangan sebuah kelas bagi setiap Tahun ialah Tahun 2 (Kelas Putra yang ditutup), Tahun 3 (Jelutong) dan Tahun 5 (MacOS). Oleh itu akan terdapat perubahan kelas bagi murid-murid yang telah ditempatkan ke dalam kelas Putra, Jelutong dan MacOS (rujuk catatan dalam Kad Profil). Begitu juga lokasi kelas seperti dikiriman terdahulu juga akan berubah sedikit.

Sehubungan itu, bagi sesi persekolahan 2011, sekolah akan beroperasi dengan sebanyak 9 buah kelas Tahun 1, 10 buah kelas Tahun 2, 10 buah kelas Tahun 3 dan masing-masing 9 buah kelas bagi Tahun 4,5 dan 6.

Pihak sekolah memohon maaf terhadap segala kesulitan yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment