... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, December 30, 2010

Penundaan Kutipan Bayaran Tambahan

Berikutan cuti umum pada hari esok (31/12/2010) seperti yang telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sempena meraikan kemenangan pasukan bolasepak Malaysia menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki-AFF 2010, kutipan bayaran tambahan yang dijadualkan pada tarikh tersebut adalah dibatalkan.

Bayaran pada hari persekolahan AMAT tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun memandangkan sesetengah ibubapa telahpun mengambil cuti pada 3 Januari 2011, maka kaunter kutipan akan dibuka pada hari pertama persekolahan sahaja dari jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang untuk kedua-dua sesi persekolahan. Kutipan di luar dari masa yang ditetapkan tersebut tidak dibenarkan.


Sekiranya peratus murid yang belum menjelaskan Bayaran Wajib ini masih tinggi, maka kutipan yang berikutnya akan diadakan pada 08/01/2011 (Sabtu) dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi. Pemakluman lanjut mengenainya akan diberitahu mengenainya.

Sebarang kesulitan amat kami kesali.

Guru Besar
30/12/2010

No comments:

Post a Comment