Friday, December 17, 2010

PENGAGIHAN BUKU TEKS TAHUN 1 SESI 2011

Dimaklumkan bahawa pengagihan buku teks tahun 1 bagi kegunaan 2011 akan dibuat pada:-

Tarikh: 21 & 22 Dis 2010
Masa: 8.30 pg - 12.00 tgh
Tempat: Bilik SPBT SK Taman Putra Perdana

Diminta kerjasama ibu bapa/penjaga

1. Menyemak nama dan kelas pada kaunter pendaftaran.
2. Mengambil dan mengisi borang perjanjian pinjaman buku teks.
3. Mengambil buku dari stor.
4. Menyemak jumlah dan menanda judul buku yang diterima pada borang yg telah diambil (bil 3).
5. Menandatangani borang perjanjian.
6. Menyerahkan semula borang yang lengkap pada kaunter yang disediakan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

No comments:

Post a Comment