... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, December 30, 2010

MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA MURID-MURID TAHUN SATU 2011

1. PROGRAM TRANSISI

- tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 5 hari (3/01/2011 -7/01/2011).

- ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No 1) untuk kegunaan sebagai Buku Transisi (3/01/2011 – 7/01/2011). Sepanjang minggu Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis yang lain.

- penggunaan tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga 31/01/2011. Sila lengkapkan nama ibu bapa dan no telefon ibu bapa di belakang tanda nama tersebut.

2. JADUAL WAKTU

Jadual waktu kelas akan diedar pada hari Jumaat (7/01/2011) dan penguatkuasa penggunaannya akan bermula pada hari Isnin (10/01/2011).

3. KEBENARAN BERADA DI SEKOLAH

Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari tetapi mesti berada di kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas anak masing-masing kerana akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran.

4. PERATURAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN

Pastikan anak-anak memakai pakaian sukan (terus dari rumah) untuk mata pelajaran Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani ( tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah) sepanjang tahun kecuali pada bulan Ramadhan.

5. FAIL PERIBADI

Ibu bapa yang masih belum memulangkan fail peribadi anak masing-masing, sila serahkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat 7/01/2011 kepada guru kelas. Ibu bapa harus memastikan semua maklumat telah dilengkapkan.

No comments:

Post a Comment