Monday, August 1, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU 28 (1 OGOS 2011)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN
MINGGU 28 (1 OGOS 2011)

Hari : Isnin
Tarikh : 1 Ogos 2011
Masa : 7.30 – 8.30 pagi

Guru Bertugas :

Ustaz Mahadir b. Midun
Pn. Norhafiza Ismail
Pn. Rosmawati Md. Desa
Pn. Astina Mohd. Nor
Pn. Linda Adam
Pn. Juli Mahbah
Pn. Norinna Mohamed
Pn. Azwani Mohamed Noordin

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Bacaan Doa diketuai oleh adik Aiman Hakim bin Mohd. Nahar
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Norhafiza Ismail
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Mohd. Hafez bin Reduan

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh En. Zaidi bin Mahmat)
i. Kehadiran Murid – masih ada ramai murid yang lewat ke sekolah. Diminta agar murid hadir ke sekolah sebelum pukul 7:20 pagi.
ii. Penggunaan Bilik Stor Sukan – Hanya murid yang diarahkan oleh guru sahaja yang mengambil dan memulangkan peralatan sukan. Murid perlu ambil dan pulangkan semula peralatan sukan pada tempat asal peralatan sukan disimpan.
iii. Amalkan budaya memberi salam – Murid diingatkan kembali agar sentiasa memberi salam ketika berselisih atau berjumpa guru.
iv. Penggunaan tangga – Murid diingatkan supaya tidak berlari di tangga. Murid diingatkan supaya berjalan dengan tertib untuk mengelak dari berlakunya kemalangan.
v. Tingkah laku murid sewaktu perhimpunan – Murid diingatkan agar memberi tumpuan dan perhatian semasa perhimpunan. Sediakan buku dan pensel untuk mencatat perkara penting dan lawad yang dimaklumkan guru.


3. Ucapan Ustaz Mahadir bin Midun
i. berkongsi maklumat tentang keberkatan di bulan Ramadhan.
ii. mengingatkan warga SKTPP agar mempertingkatkan amalan sunat dan fadhu untuk mendapatkan keberkatan Ramadhan.
iii. menyeru murid-murid agar menjadi umat terbaik dengan mengubah diri menjadi umat yang lebih bertakwa sepanjang Ramadhan ini.

4. Ucapan Guru Disiplin (Pn. Zaleha bt. Ramdan Mohamed)

i. Basikal – terdapat 3 orang murid yang tidak memasang tongkat pada basikal mereka. Murid berkenaan diberi tempoh sehingga esok untuk memasang tongkat pada basikal masing-masing.
ii. Murid-murid diingatkan supaya tidak menaiki basikal di dalam kawasan sekolah.
iii. Diingatkan agar murid-murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Murid diingatkan bahawa semua guru adalah guru disiplin.
iv. Diminta agar murid-murid Tahun 6 berbaris di tepi Dewan Perdana apabila loceng habis rehat berbunyi.

LAWAD hari ini :

Bahasa Melayu – Hangat (panas api)

Bahasa Inggeris – Celebrate (menyambut)

Bahasa Arab – Haqlun (ladang)

Pengumuman:
1. Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti kokurikulum dibatalkan.
2.Sepanjang bulan Ramadhan waktu rehat akan diselaraskan dimana tahun 4, 5 dan 6 akan rehat serentak pada pukul 9.30 hingga 9.50 pagi. Hanya kelas tahun 6 sahaja ada perubahan waktu pada jadual pembelajaran harian.
3. Tiada kelas pendidikan jasmani sepanjang bulan Ramadhan. Semua murid diingatkan supaya memakai pakaian sekolah lengkap.

Program Ramadhan Dekat Di Hati :

1. Bacaan sajak bertajuk Ramadhan oleh adik Hanis Syahira (6 Daisy) dan adik Melissa (6 Iris).
2. Pengisian Program Ramadhan Dekat Dihati (Oleh Ustazah Nor Azura Asir)
- menyeru bersama-sama memenuhi dan menghayati bulan Ramadhan yang berkat ini dengan melakukan ibadah dengan penuh keikhlasan.
- antara pengisian/aktiviti yang dijalankan sepanjang Ramadhan:
• Risalah Ramadhan
• Saham Akhirat
• Tadarus Al-quran
• Majlis Khatam Al-quran
• Kuiz Ramadhan
3. Perasmian Program Ramadhan dekat Di Hati oleh En. Sukimin bin Juki, Guru Besar SKTPP.

Ucapan Guru Besar SKTPP, En. Sukimin bin JukI.
1. Mengingatkan murid-murid supaya menjaga ibadah puasa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan ikhlas agar mendapat keberkatan.
2. Kurangkan pergi ke bilik air. Pergi sekiranya perlu sahaja. Jangan mengambil kesempatan dengan berkumur-kumur dan sengaja minum air paip.
3. Beliau turut mengingatkan murid-murid yang tidak berpuasa agar menghormati orang lain yang berpuasa. Jangan sekali-kali makan atau minum di hadapan murid-murid bagi tujuan menggoda atau mengajak mereka turut tidak berpuasa. Sekiranya boleh, murid-murid yang tidak berpuasa turut tidak makan di kantin bagi menghormati murid-murid lain yang berpuasa.
4. Beliau juga mengingatkan murid-murid yang malam-malam di bulan puasa adalah berbeza daripada malam-malam yang lain dimana umat-umat Islam melakukan Solat Terawih di surau/ masjid. Murid-murid diingatkan supaya tidak bersembang, membuat bising atau bermain di surau/masjid agar tidak mengganggu orang lain melakukan solat terawih.

No comments:

Post a Comment