Tuesday, August 16, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN (SESI PETANG) 15 OGOS 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (PETANG)

15 OGOS 2011 (MINGGU 30)

Guru Bertugas :

Pn Arnny Yusnita Bt Mat Enarji

Pn Nor Arzah Bt Hussin

Pn Nur Azlin Bt Mat Nor

Pn Aznita Bt Ahmad

Pn Suzelawati bt Zakaria

Pn Norlida Bt Othman

En Rusydan B Ismail

  • Laporan
  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
  2. Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Faris Aiman
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Aznita Bt Ahmad
  4. Bacaan Ikrar Murid oleh Aniq Iqbal.
  • Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn.Salmi Bt Amir)

1. Masih ada lagi murid berlari-lari pada waktu rehat dan sebelum masuk ke kelas. Murid diingatkan supaya berjalan.

2. Pada waktu rehat juga murid mengambil peluang mencari berudu di belakang surau. Murid diingatkan sekali lagi untuk duduk di Dewan Perdana.

3. Murid dilarang bermain di belakang stor sampah.

  • Ucapan oleh Pn Aznita Bt Ahmad

1. Mengumumkan pemenang kebersihan & keceriaan kelas

2. Memperkenalkan guru-guru bertugas mingguan

3. Membaca Tema Mingguan “Buku Rakan Setiaku”

4. Membacakan perkataan LAWAD

Pemenang Kebersihan & Keceriaan Kelas

Tahun 1 : 1 Sigma

Tahun 2 : 2 Alza

Tahun 3 : 3 Cengal

Tema Mingguan : Buku Rakan Setiaku

Budaya membaca dalam kalangan murid-murid mampu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Melalui pembacaan yang banyak, ilmu dapat ditambah dan dimanfaatkan.

LAWAD

Patuh : Setia

Children : Kanak-kanak

Batho tis : Kentang

  • Ucapan oleh Guru Penolong Kanan Petang (En.Rosdin B Ibrahim)

1. Mengingatkan murid-murid yang sakit agar tidak hadir ke sekolah. Hanya perlu berehat di rumah.

2. Ucapan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya berpuasa sehingga hari ini.

3. Mengharapkan lebih ramai murid-murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Agama Islam.

4. Meminta murid supaya membuat ulangkaji sebagai persediaan kepada PKSR. Tema pada minggu ini amat sesuai dijadikan panduan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

5. Mengumumkan cuti Nuzul Quran pada Rabu ini (17 Ogos 2011)

6. Mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri. Misalnya, elakkan daripada bermain mercun.

Perhimpunan ditamatkan tepat jam 5.45pm

No comments:

Post a Comment