Monday, August 8, 2011

Laporan Perhimpunan minggu ke-29 sesi pagi

Hari : Isnin
Tarikh : 8 Ogos 2011
Masa : 7.30 – 8.00 pagi

Guru Bertugas :
En. Mohd Kamarul B Abdul Rahman
En. Norizmi B Zainal Abidin
Pn. Nurul Fadhilah Bt Jais
Pn. Nik Kamisah Bt Mohd Aziz
Pn. Roslina bt Jaafar


Laporan / Ulasan :

1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Bacaan Doa diketuai oleh adik Amirul Hakim
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Mohd Kamarul
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Hafiz.

2 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn. NorHafiza Bt Ismail)
a- Penggunaan mesin air di depan bilik kaunseling - ada di antara murid Islam yang minum sama seperti murid bukan Islam. Kemudian meminum air tanpa menggunakan gelas.
b- Program DEAR - ada segelintir murid yang mengelak daripada membaca buku dan melepak di tempat letak basikal.
c- Semasa perhimpunan berlangsung, perkara yang sama masih perlu diulang seperti beratur mengikut kelas, beg letak disisi dan sebagainya.
d- Ucapan terima kasih kepada murid-murid yang mengambil bahagian dalam tadarus al-Quran kerana memberi kerjasama yang baik.


Ucapan Guru Bertugas (En. Mohd Kamarul B Abdul Rahman)

Tema : Semangat Patriotik.

Guru bertugas menjelaskan dengan ringkas maksud semangat patriotik iaitu semangat cintakan negara dan menyayangi negara tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Semangat patriotik dapat dipupuk melalui pelbagai cara seperti melawat tempat bersejarah, melalui pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, dan juga melalui media massa. Kesimpulannya, pelbagai aktiviti dijalankan supaya dapat melahirkan warganegara yang cintakan negara dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara.

LAWAD hari ini :

Bahasa Melayu – Pancaragam( Kumpulan muzik)

Bahasa Inggeris –Package(bungkusan)

Bahasa Arab - طما طم (buah tomato)

Pengumuman

1.Murid hendaklah membaca buku di laluan yang telah ditetapkan semasa rehat.

Ucapan Guru Besar
1-Ulasan mengenai semangat patriotik - fenomena yang berlaku pada masa lepas dan sekarang adalah berbeza. Guru besar mengaitkan dengan hal murid yang tidak mengikuti program DEAR dan melepak. Hal ini boleh menyumbangkan kepada berlakunya masalah sosial di kemudian hari yang mana perkara-perkara tersebut boleh dilihat juga pada masa sekarang seperti masalah pengangguran. Hal ini kerana sebahagian daripada penganggur tidak cukup berusaha untuk mendapatkan kerja. Guru besar juga memberi contoh sikap rakyat jepun yang rajin dan berbangga untuk melakukan kerja bagi mendapatkan rezeki yang halal.
- Kesimpulannya ialah murid-murid perlu rajin berusaha untuk perkara-perkara yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment