Wednesday, August 10, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-29)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (sesi petang)
MINGGU 29 (8 OGOS 2011)

Guru Bertugas :

Pn. Salmi Bt Amir
Pn. Rozimah
Pn. Azizah
Pn. Norazah
Pn. Azean
Cik Azlinda
Pn. Noorhafizan

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Bacaan Doa diketuai oleh adik Muhammad Faris Aiman.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Salmi Bt Amir
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal.


2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh Pn Nurulhuda)
i)Masih ramai murid yang berlari-lari dan bermain semasa waktu rehat. Diharap sempena bulan Ramadhan ini murid-murid tidak lagi bermain dan berlari-lari ketika waktu rehat.
ii)Loceng tamat waktu rehat- diingatkan kepada semua murid terus berada di Dewan Perdana dan Dewan Putra.
iii)Murid tidak dibenarkan bermain game menggunakan komputer di laluan Patriotik.

3. Ucapan En.Puan Salmi Bt Amir
i)Memperkenalkan guru-guru bertugas mingguan.
ii)Membacakan Tema Mingguan- "Semangat Patriotisme"
iii)Membacakan perkataan Lawad- BM = Pancaragam (kumpulan muzik)
BI = package (bungkusan)
BA = tomatimu (tomato)

Pengumuman:
1. Murid Islam dilarang makan di kawasan terbuka dan di hadapan rakan - rakan yang berpuasa.
2. Murid dilarang bermain game di laluan patriotik kerana mengganggu sistem siaraya
3. Mengingatkan murid supaya berada di Dewan Perdana semasa rehat untuk pengisian di bulan Ramadhan.



Ucapan Guru Disiplin Petang, Puan Yani
1. Melarang murid membawa mercun ke sekolah. Membawa mercun ke sekolah adalah satu kesalahan.
2. Mengingatkan murid-murid supaya tidak makan dan minum di kawasan yang terbuka dan di hadapan rakan - rakan yang berpuasa.
3. Menegaskan sekali lagi tentang penggunaan komputer dan larangan bermain game di laluan Patriotik.

Perhimpunan tamat jam 5.50 petang.

No comments:

Post a Comment