... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, August 2, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-28)

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN (sesi petang)
MINGGU 28 (1 OGOS 2011)

Guru Bertugas :

En. Saifullah
Pn. Julaili
Pn. Nurul Huda
Pn. Wan Rosmawati
Pn. Ezza Hairani
Pn. Suraini
Pn. Suhaizan

Laporan / Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
Bacaan Doa diketuai oleh adik Muhammad Faris Aiman.
Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Saifullah.
Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal.


2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh Pn Nik Rosmaliza)
i)Masih ramai murid yang berlari-lari dan bermain semasa waktu rehat. Diharap sempena bulan Ramadhan ini murid-murid tidak lagi bermain dan berlari-lari ketika waktu rehat.
ii)Loceng tamat waktu rehat- diingatkan kepada semua murid terus berada di Dewan Perdana dan Dewan Putra.
iii)Matapelajaran Pendidikan Jasmani- sepanjang bulan Ramadhan ini murid-murid tidak perlu memakai pakaian sukan kerana sesi pembelajaran dan pengajaran akan diadakan di dalam kelas. Murid-murid dikehendaki memakai uniform sekolah seperti biasa.

3. Ucapan En. Saifullah
i)Memperkenalkan guru-guru bertugas mingguan.
ii)Membacakan Tema Mingguan- "Belajar Tanpa Jemu"
iii)Membacakan perkataan Lawad- BM = Hangat (panas api)
BI = Celebrate (menyambut)
BA = Haqlun (ladang)

Pengumuman:
1. Sepanjang bulan Ramadhan, aktiviti kokurikulum dibatalkan.
2. Sepanjang bulan Ramadhan waktu rehat akan diselaraskan dimana tahun 1, 2 dan 3 akan rehat serentak pada pukul 3.00 petang hingga 3.15 petang (Isnin-Khamis)dan Jumaat 3.15 petang hingga 3.50 petang.
3. Tiada kelas pendidikan jasmani sepanjang bulan Ramadhan. Semua murid diingatkan supaya memakai pakaian sekolah lengkap.
4. Murid pulang awal pada bulan Ramadhan iaitu jam 5.45 petang (Isnin-Rabu) dan 5.35 petang (Khamis-Jumaat).

Program Ramadhan Dekat Di Hati :
1. Pengisian Program Ramadhan Dekat Dihati (Oleh Ustazah Rashidah)
- menyeru bersama-sama memenuhi dan menghayati bulan Ramadhan yang berkat ini dengan melakukan ibadah dengan penuh keikhlasan.
- antara pengisian/aktiviti yang dijalankan sepanjang Ramadhan:
• Risalah Ramadhan
• Saham Akhirat
• Tadarus Al-quran (tahun 3)
• Majlis Khatam Al-quran
• Kuiz Ramadhan ( 1 x seminggu berdasarkan Risalah Ramadhan yang diberikan)
3. Perasmian Program Ramadhan dekat Di Hati oleh En. Rosdin B Ibrahim, Penyelia Petang SKTPP.

Ucapan Penyelia Petang, En.Rosdin B Ibrahim.
1. Mengingatkan murid-murid supaya menjaga ibadah puasa dengan tidak membuat salah dan silap terhadap rakan-rakan dan guru-guru.
2. Mengingatkan murid-murid agar tidak membuat dosa kepada guru-guru.
3. Mengucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua murid dan guru SKTPP.

Perhimpunan tamat jam 5.50 petang.

No comments:

Post a Comment