Monday, September 12, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-33)

Guru Bertugas :
1. Pn. Jamilah bt Yusuf
2. Pn. A’ishah bt Mohammad Nor
3. Pn. Rubiaton bt Ibrahim
4. Cik Norliza bt Ali
5. Pn Khaironnnajmi bt Haron
6. Pn Norhamizah bt Hamzah
7. En Hafiz

Laporan / Ulasan :

i)Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
ii)Bacaan Doa diketuai oleh adik Kamal Aizam ( 5 Xenix )
iii)Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Jamilah Yusuf iv)Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Amreen Syahmi ( 5 Xenix )

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh En.Tarmiji )

i) Beliau menerangkan tentang program gerak gempur berpusat bagi murid tahun 6 telah selesai dijalankan minggu lepas.

ii) Beliau juga mengingatkan agar semua murid menjaga barang-barang sendiri dengan baik.

iii). Beliau juga menegaskan agar murid-murid yang datang ke sekolah hendaklah melalui pagar B bukan melalui pagar A .

3. Ucapan Pn Jamilah Yusuf (Guru Bertugas Mingguan)

i) Memperkenalkan guru bertugas mingguan.

ii) Menjemput Pn A’ishah untuk membacakan Tema Mingguan iaitu “Pupukkan Peribadi Mulia.” Tema ini bermaksud mengamalkan peribadi mulia sepanjang hidup. Di antara ciri-ciri memupuk peribadi mulia ialah:
-Hendaklah bercakap perkara yang baik dan bermanfaat sahaja. Buang sifat suka mengata, mencaci maki dan perkataan mencarut dan seumpamanya.
-Hendaklah ada perassan malu dalam diri iaitu malu untuk melakukan perkara-perkara jahat dan tidak baik contohnya malu buang sampah merata-rata.
-Ada sifat merendah diri. Jangan sombong .
-Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah
-Sentiasa sabar kerana sabar itu separuh daripada iman.

iii) Mengumumkan murid akan direhatkan selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis kerana peperiksan UPSR dan cuti Hari Malaysia pada Jumaat. Murid akan bersekolah semula pada Isnin minggu hadapan.

iv) Mempromosikan Malam Amal Satu Malaysia. Tiket untuk kanak-kanak berharga RM5 dan tiket untuk dewasa RM10.Tanpa tiket murid tidak dibenarkan masuk. Pelbagai acara telah disediakan pada malam tersebut.


4. Ucapan Guru Besar

i) Beliau mengulas tentang ciri-ciri peribadi mulia seperti bercakap perkara yang baik. Beliau juga menegaskan agar murid tidak bersembang ketika guru sedang mengajar dan tidak engkar pada setiap arahan guru. Pembelajaran yang diperolehi melalui P&P hendaklah dimanfaatkan. Ini bertujuan agar murid membesar dan menjadi orang yang berguna dan mempunyai ciri peribadi yang istimewa.

ii) Selain P&P , Program D.E.A.R (Drop everything and read) dijalankan adalah sebagai salah satu sumber ilmu iaitu melalui pembacaan.

iii) Sejarah dan agama juga telah memerintahkan agar kita berperibadi mulia bermula dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan anak-anak itu ibarat kain putih. Jadilah manusia yang baik serta sentiasa melakukan kebajikan sama ada untuk diri, negara dan keluarga.

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.10 minit pagi.

No comments:

Post a Comment