... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, September 13, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-33)

Hari: Isnin
Tarikh: 12 September 2011
Masa: 6.10 – 6.40petang


Guru Bertugas:
1. Pn. Yani Bt Mohd Sharif (K)
2. Pn. Rashidah Bt Mahmad
3. Pn. Fadhilah Bt Talib
4. Pn. Jumilah Bt Ahmad
5. Pn. Visva Vilasini A/P Koppal @ Goppal
6. Cik Noor Athirah Bt Md Noh Azizan

Laporan/Ulasan:


  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.


  • Bacaan doa diketuai oleh adik Nuraiman Daniel Bin Osmena.


  • Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Yani Bt Mohd Sharif.


  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas oleh Pn. Suriyana Bt Nanyan @ Salim.


1. Tahniah telah diucapkan kepada semua pelajar kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan minggu lepas.
2. Pelajar – pelajar terlalu bising sewaktu berhimpun di Dewan Perdana dan Dewan Putra sebelum waktu persekolahan bermula menyebabkan mereka tidak peka terhadap pesanan dan pengumuman yang diberikan oleh guru.


3. Segelintir pelajar tahun satu masih menggunakan kawasan dataran sebagai laluan untuk balik ke rumah. Pelajar – pelajar diingatkan lagi untuk menggunakan koridor dan bukannya dataran.
4. Pelajar – pelajar diingatkan supaya menutup suis kipas sebelum keluar dari kelas memandangkan ada yang masih meninggalkan kelas tanpa menutup suis kipas. Selepas ini, adalah diharapkan supaya ketua kelas dan penolong ketua kelas dapat bertindak dengan sewajarnya.

Ucapan Guru Bertugas (Pn. Yani Bt Mohd Sharif)
1.
Tema minggu ini ' Pupukkan Peribadi Mulia '.
2. Murid– murid disarankan untuk menerapkan sifat keperibadian yang mulia dalam kehidupan seharian.


Peringatan Disiplin
1. Pelajar – pelajar lelaki tidak dibenarkan menyimpan rambut yang panjang.
2. Pelajar – pelajar perempuan yang tidak bertudung mesti mengikat rambut.
3. Penggunaan pagar
Pagar A – Digunakan oleh guru, pejalan kaki dan penunggang basikal.
Pagar B – Digunakan oleh pelajar – pelajar yang menaiki bas, van, kereta dan
motosikal. (Kecuali pelajar – pelajar yang balik lewat akan beralih ke pondok pengawal untuk menunggu)
Pelajar – pelajar disarankan untuk mematuhi peraturan seperti di atas untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini untuk berlaku.

Perkataan LAWAD:
1. Bahasa Melayu: Yakin
2. Bahasa Inggeris: Independence(Merdeka)
3. Bahasa Arab: Batthaton(Itik)


Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)
1. Kesemua pelajar tahun 1, 2, 3 diberikan cuti rehat untuk melancarkan perjalanan UPSR.

2. Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada bulan Oktober. Oleh yang demikian, pelajar – pelajar dinasihatkan untuk menggunakan cuti ini dengan bermanfaat seperti mengulangkaji pelajaran yang lepas dan menyiapkan latihan yang diberikan guru.
3. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Malam Amal 1 Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Pelajar – pelajar digalakkan untuk menunjukkan bakat dengan mengambil bahagian dalam persembahan –persembahan yang ada.
4. Murid – murid boleh membeli tiket untuk Malam Amal 1 Malaysia daripada guru kelas.
5. Murid – murid dinasihatkan untuk memupuk peribadi mulia.

No comments:

Post a Comment