Monday, September 19, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI (MINGGU KE-34)

Hari: Isnin

Tarikh : 19 September 2011

Masa : 7.30 – 8.10 am

Guru Bertugas :


1. Pn. Siti Rabiah
2. Pn. Hanawati Alinda
3. Pn. Nor Azila
4. Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor
5. Cik Nurul Fadhlina
6. En.Zulkifli bin Daud

7. Pn.Kwa Jin Nee

8. Pn. Zainur Jimah bt Abdullah



Laporan / Ulasan :

i)Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.
ii)Bacaan Doa diketuai oleh adik Kamal Aizam ( 5 Xenix )
iii)Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn Siti Rabiah

iv)Bacaan Ikrar Murid oleh adik Muhammad Amreen Syahmi ( 5 Xenix )



2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Oleh Pn. A’ishah bt Mohammad Nor )

i) Tiada sebarang masalah berlaku kerana murid hanya bersekolah pada hari Isnin sahaja.
ii) Murid-murid tahun 6 selamat menghadapi UPSR pada minggu lepas. Beliau mengajak kita semua berdoa untuk mereka beroleh kejayaan.
iii). Beliau juga mengingatkan kepada semua murid- murid bahawa cuti adalah untuk dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah bukan untuk berkeliaran di lombong dan bermain hujan.


3. Ucapan Pn. Siti Rabiah (Guru Bertugas Mingguan)

i) Memperkenalkan guru bertugas mingguan.

ii) Guru bertugas memberitahu tema pada minggu ini ialah “ Kalau tak dipecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya ” . Beliau juga menerangkan maksud ruyung dan sagu. Ruyung ialah kulit kayu rumbia manakala sagu pula ialah isi pokok rumbia. Peribahasa ini berkait rapat dengan pelajar kerana tanpa usaha yang bersungguh-sungguh murid-murid tidak akan mencapai kejayaan. Contohnya seperti atlit Negara yang berjaya seperti Dato’ Lee Chong Wei dan Dato’ Nicol David. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Murid-murid dinasihatkan belajar dengan tekun kerana Peperiksaan Akhir Tahun semakin hampir. Selain itu murid juga dinasihatkan rajin datang ke sekolah dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru serta mengikuti program sekolah seperti DEAR.

Kesimpulannya jika kita inginkan sebuah kejayaan mestilah diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh sesuai dengan tema pada minggu ini.

Perkataan LAWAD

  1. Bahasa Melayu : Sergah (kata-kata atau suara yang kuat untuk mengejutkan orang)
  2. Bahasa Inggeris : Tasty ( enak )
  3. Bahasa Arab : sayyaratun ujrah( teksi )

4. Ucapan Guru Disiplin (Pn. Zaleha )

1.Semasa lagu Negaraku dinyanyikan, murid-murid hendaklah berdiri tegak, berhenti ketika sedang berjalan dan berdiri ketika sedang duduk semasa lagu Negaraku dinyanyikan. Ketika bacaan doa pula, murid Islam hendaklah mengaminkan doa yang didengar. Manakala murid bukan Islam juga hendaklah menghormati bacaan doa tersebut.

2. Murid-murid tahun 4 dan 5 dinasihati agar jangan membuat bising semasa waktu rehat dan tidak perlu berlari dan bermain di tempat letak basikal dan tempat letak kereta guru.

4. Ucapan Guru Besar

i) Beliau memperingatkan tentang sambutan yang diadakan setiap tahun iaitu kemerdekaan pada 31 Ogos dan sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.


ii) Beliau juga mengulas tentang tema pada minggu ini iaitu “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya ” yang berkait rapat dengan pembentukan sahsiah diri iaitu tingkah laku. Untuk menjadi orang yang dihormati, kita hendaklah saling hormat-menghormati orang lain. Bukan sahaja kepada orang, tetapi kepada perkara lain juga seperti al-Quran. Segala perbuatan yang dilakukan akan dilihat oleh Allah.


iii) Murid-murid dinasihatkan agar dapat mencapai matlamat untuk mendapatkan tempat di kelas yang baik dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang akan berlangsung pada bulan 10 ini, Murid hendaklah tingkatkan disiplin serta usaha dalam diri.

iv) PIBG Sekolah juga menganjurkan Malam Amal 1 Malaysia bagi menambah dana sekolah untuk member keselesaan kepada murid-murid pada masa akan datang. Pihak PIBG juga memutuskan agar murid-murid membeli sekurang-kurangnya 1 tiket RM5 (murid) dan 1 tiket RM10(dewasa).

Kesimpulannya kita hendaklah berusaha memecahkan halangan-halangan supaya hasrat yang positif tercapai.

Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8.10 minit pagi.

No comments:

Post a Comment