... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, September 26, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI KE-35

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI KE-35

Hari: Isnin
Tarikh: 26 September 2011
Masa:7.30-8.00 pagi

Guru Bertugas:
1. Pn. Salwana Elias
2. Pn. Halimatun Saadiah Hassan
3. En. Zaidi Mahmat
4. Pn. Maimunah Yob
5. Pn. Nor Azura Mustafa
6. Pn. Norasmawati Omar
7. En. Ahmad Musrizwan Daud
8. En. Hazim Harun

Laporan/Ulasan:

i) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

ii) Bacaan Doa diketuai oleh adik Muhd Kamal Aizam b. Kamaruzaman(5 Xenix)

iii) Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmat

iv) Bacaan Ikrar Murid oleh adik Amirah Yasmin bt Mohd Azmir

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Cik Nor Shuhada bt Mohd Nor)

  • Teguran kepada murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR supaya mematuhi peraturan sekolah dengan sentiasa bersama guru matapelajaran masing-masing.

  • Murid-murid Tahun 6 juga diingatkan supaya menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah, disamping membuat persediaan untuk Malam Amal 1 Malaysia serta persiapan hari Graduasi.

  • Semua pelajar diminta supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat demi untuk menjaga kebersihan.

  • Kebersihan kelas:

  • Tahun 4 Tiung, Tahun 5 Linux dan Tahun 6 Carnation


    3. Ucapan Guru Bertugas Mingguan (En.Zaidi Mahmat)

  • Tema pada minggu ini ialah "Badan Sihat Otak Cerdas".

  • Untuk mendapat badan yang sihat kita perlulah mengamal gaya hidup sihat iaitu dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Pemakanan yang diambil mestilah pemakanan yang seimbang yang mengandungi semua zat-zat yang diperlukan oleh badan, melalui proses pembesaran. Selain itu, kita perlu juga melakukan senaman setiap hari. Berjoging adalah senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja walau dimana berada. Apabila badan sihat maka akan melahirkan otak yang cerdas dengan ini senanglah bagi kamu sebagai pelajar untuk mendapat ilmu yang disampaikan di bilik darjah.

  • Perkataan LAWAD:

  • 1. Bahasa Melayu: KARTUNIS (Orang yang kerjanya melukis kartus secara profesional)
    2. Bahasa Inggeris: ANCHOR (Sauh)
    3. Bahasa Arab: SYARIUN (Jalan)

    4. Ucapan Guru Disiplin (Pn. Zaleha)

  • Guru disiplin menegaskan murid-murid supaya tidak membawa alatan elektronik ke Sekolah seperti telefon bimbit dan kamera. Ini adalah menyalahi peraturan sekolah.

  • Bagi murid Tahun 6- haruslah bersama-sama guru matapelajaran terutama semasa membuat persiapan persembahan Malam Amal dan juga persiapan Graduasi


  • 5. Malam Amal 1 Malaysia

    Puan Rubiaton telah mengingatkan murid-murid yang masih belum membeli tiket Malam Amal 1 Malaysia agar segera bertindak membeli tiket tersebut melalui guru kelas masing-masing. Inilah peluang untuk sama-sama menyaksikan persembahan warga SKTPP disamping mengumpul dana sambil menderma untuk menaik taraf prasarana sekolah.

    6. Ucapan Guru Besar

    Guru Besar memberi nasihat kepada pengawas Sekolah supaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Beliau juga mengingatkan murid-murid agar mengambil kesempatan untuk bergiat cergas dalam sukan kerana dengan bersukan dapat menyihatkan badan dengan ini minda akan menjadi cerdas. Selain itu, untuk melayakkan diri ke sekolah Berasrama Penuh markah 10% diambil kira dari penglibatan aktif dalam acara sukan.

    Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

    No comments:

    Post a Comment