Monday, November 14, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 42 (SESI PAGI)

Hari : Isnin

Tarikh : 31 Oktober 2011

Masa : 7.30-8.00 pagi


Guru bertugas:

Pn Nor Hanawati Alinda

Pn Nur Zainun bt Razali

Pn Siti Rabiah

Pn Nor Azila bt Ngah

Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor

Pn Kwa Jin Nee

En zulkifli

En Nurul Fakhri


Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa diketuai oleh adik Amirul Naim

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Nurul Fakhri.

4. Bacaan ikrar murid oleh adik Muhammad Hafez.

5. Ucapan guru bertugas : (En Nurul Fakhri)

· Beliau menasihati murid-murid supaya sentiasa menjaga tingkah laku semasa cuti persekolahan pada akhir tahun 2011.


6. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran : (Pn Siti Habsah)

1) Aktiviti minggu ini :

· Isnin : Raptai penuh Hari Anugerah Cemerlang

· Selasa : Penyampaian Sijil Penghargaan

· Rabu : Hari Kemuncak Anugerah Cemerlang

( Diminta murid yang menerima anugerah hadir dengan berpakaian kemas dan beruniform sekolah yang lengkap )

· Khamis : Hari Graduasi Tahun 6 dan Keputusan UPSR diumumkan.

( Keputusan UPSR akan diedarkan selepas tamat Majlis Hari Graduasi Tahun 6 )

· Jumaat : Hari Terakhir Persekolahan.

(Murid datang sekolah seperti biasa dan murid digalakkan memohon maaf dengan semua guru-guru )

2) Sesi Persekolahan tahun 2012 bermula pada 4 Januari 2012 (Rabu).

3) Koperasi Sekolah akan dibuka pada 15 Disember 2011

4) Pengambilan Buku Teks untuk sesi persekolahan 2012 bermula pada 19 hingga

22 Disember 2011

5) Peruntukkan RM100 setiap murid akan diumumkan melalui blog sekolah

6) Murid-murid dan guru-guru sesi petang hendaklah hadir mengikut masa yang telah ditetapkan.


5 comments:

  1. Salam ,kenapa tarikh 31 oktober 2011 tidak kah minggu ke 42 adalah 14 november 2011

    ReplyDelete
  2. Salam,
    untuk peruntukan RM100 setiap murid bila akan diumumkan? memandangkan sesi persekolah petang hanya pada Khamis & Jumaat, bila agaknya senarai akan diumumkan.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Penyerahan RM100 kepada semua murid sesi pagi dan petang akan diadakan pada 18.11.2011 (Jumaat) jam 2.30ptg - 5.30ptg. Hadir bawa kad pengenalan ibu/bapa/penjaga dan salinan surat beranak anak. Penyerahan tersebut akan dirasmikan oleh YB Dato' Marsum bin Paing

    ReplyDelete
  4. sepatutnya maklumkan dlm blog memandangkan saya sudah berada di luar kawasan selangor. bagithu kt ruangan komen ni nak buat apa? tak semua org ruangan tgk komen... kalau dah tertinggal, boleh ambil bila2 masa ke?

    ReplyDelete
  5. Pihak sekolah tidak dapat mewar-warkan mengenai pemberian subsidi ini di blog atas sebab-sebab keselamatan kerana melibatkan jumlah peruntukan yg banyak. Puan boleh mendapatkan duit ini di pejabat sekolah mulai 21.11.2011 - 24.11.2011 jam 9.00pg-4.00ptg. Pihak sekolah mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

    ReplyDelete