Friday, November 18, 2011

Majlis Pengagihan Bantuan Khas RM100

Satu majlis sempena Pengagihan Bantuan Khas RM100 kepada semua ibu bapa murid-murid Sekolah Taman Putra Perdana telah diadakan pada hari ini 18 Nov 2011 bermula dari 2.30 petang hingga 5.30 petang di Dewan Perdana SKTPP. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Marsum Bin Paing selaku ADUN Dengkil. Kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran YB serta ibu bapa untuk memeriahkan majlis ini.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir bolehlah berurusan di pejabat sekolah mulai Isnin minggu depan (21 November 2011) pada waktu pejabat. Pastikan membawa dokumen kad pengenalan ibu/bapa/penjaga dan salinan surat beranak anak seperti yang dinyatakan dalam memo yang diedarkan sebelum cuti sekolah. Bagi sekolah rendah, murid tidak dibenarkan mengambilnya. Hanya ibu/bapa/penjaganya yang sah yang dibenarkan.






























Klik di sini untuk melihat paparan gambar-gambar majlis pengagihan bantuan khas ini.

2 comments:

  1. menurut post yg sebelum ini, ada kata nk beri pengumuman dlm blog sekolah. kenapa tak umumkan? saya dah terlepas majlis tu, boleh ambil bila2 masa ke?

    ReplyDelete
  2. Pihak sekolah tidak dapat mewar-warkan mengenai pemberian subsidi ini di blog atas sebab-sebab keselamatan. Puan boleh mendapatkan duit ini di pejabat sekolah mulai minggu depan pada waktu pejabat.

    ReplyDelete