... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, November 15, 2011

MAKLUMAN PENUTUPAN IBU PEJABAT DAN PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM NEGERI SELANGOR

Terlebih dahulu pihak Perbadanan ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama, bantuan serta sokongan tinggi yang telah diberikan oleh pihak sekolah di dalam menjayakan Program Bank Kitar Semula di sekolah-sekolah terpilih di seluruh Negeri Selangor. Untuk makluman tuan, buat masa ini Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awan 2007 (Akta 672) telah ditangguhkan pelaksanaannya di Negeri Selangor. Oleh yang demikian, ibu pejabat dan semua pejabat-pejabat cawangan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor telah dihentikan operasinya mulai 15 Ogos 2011.

Dengan penangguhan ini, maka pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan terus diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing. walau bagaimanapun, memandangkan kejayaan Program Bank Kitar Semula yang telah dilaksanakan, pihak sekolah adalah dipohon untuk meneruskan program tersebut di sekolah masing-masing supaya kesedaran dan amalam kitar semula dapat diterapkan dan diamalkan di peringkat pelajar-pelajar sekolah. Sebarang kesulitan yang timbul daripada Akta ini amatlah dikesali.

No comments:

Post a Comment