... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 3, 2013

Nama Kelas Tahun 1 2013

Pada tahun ini, tema nama kohort 2013-2018 mengambil tema Bidang Perubatan.  Cadangan memberi nama ini datangnya daripada salah seorang ibu Dr. Nor Hafizah M.Yunus yang merupakan seorang pakar bius.  Tema ini dilihat menarik kerana selain memberi kefahaman kepada para guru dan ibubapa mengenai makna dan cabang bidang perubatan, ia secara tidak langsung mendedahkan kepada murid-murid betapa banyaknya bidang kerjaya yang boleh dijadikan cita-cita oleh murid. Selain itu ia juga merupakan strategi sekolah dalam usaha memupuk minat terhadap sains selari dengan dasar 60:40 sains/teknikal:sastera.  Dasar ini yang telah diperkenalkan sejak hampir 45 tahun masih gagal mencapai sasaran dan kini ia masih diselitkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Tema: Bidang Perubatan/Medical Specialties
Warna: Merah

Nama Kelas dan cabang perubatannya.

  1. Anestesiologi - bius
  2. Kardiologi - fungsi dan penyakit jantung
  3. Hematologi - penyakit darah dan tisu pembentuk darah
  4. Obstetrik - pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas bersalin
  5. Ortopedik - ilmu pembedahan yang khususnya berkaitan dengan pemulihan fungsi sistem rangka serta sendi dan struktur yang berkaitan
  6. Pediatrik - perkembangan, penjagaan, dan penyakit kanak-kanak
  7. Patologi - mengkaji sebab, punca, proses perkembangan, dan akibat penyakit
  8. Radiologi - melibatkan penggunaan unsur (tenaga) radioaktif dalam pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit
  9. Respiratori - sistem pernafasan
  10. Surgeri- rawatan penyakit atau kecederaan dengan cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dsb) badan yg berkenaan, ilmu bedah


Tahun
Kohort
Tema Nama Kelas
Warna
1
2013 - 2018
Nama Bidang Perubatan
Merah
2
2012 - 2017
Nama Planet
Oren
3
2011 – 2016
Simbol Matematik
Hijau
4
2010 – 2015
Kereta Nasional
Kuning
5
2009 – 2014
Nama Kayu
Biru
6
2008 – 2013
Nama Burung
Ungu

No comments:

Post a Comment