... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, January 29, 2013

BENGKEL LANJUTAN APLIKASI FROG VLE

Bengkel untuk semua fasilitator FROG telah diadakan pada 29 Januari 2013 bermula 11.20 pagi sehingga 1.50 petang. Bengkel selama 2 jam setengah ini telah diadakan di makmal komputer 1 SKTPP. Bengkel ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran guru-guru dalam menggunakan FROG serta memperkenalkan widget-widget baru dalam FROG VLE. Bengkel ini disampaikan oleh Cik Azima binti Azmi dan dibantu oleh Cik Arafeh Karimi.

Selain dari bengkel tesebut pihak FROG Asia telah hadir bersama kumpulan media mereka untuk menemuramah murid dan guru tentang penggunaan Chromebook dan FROG ini. Diharap bengkel ini dapat membantu guru dan memberi idea-idea baru untuk guru menggunakan FROG di dalam PdP dengan lebih berkesan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Frog Asia.

Berikut antara gambar sepanjang bengkel dijalankan

Ustazah Rashidah khusuk mendengar penerangan 

Cik Arafeh membantu untuk memberi penerangan

Cik Azima Azmi memberi penerangan secara terperinci bagaimana menggunakan widget 


Frog Student di temuramah oleh wakil Frog Asia


Wakil Frog Asia menemuramah murid


Pn Azila mencuba menggunakan widget baru





Guru-guru menumpukan perhatian





No comments:

Post a Comment