... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Thursday, January 17, 2013

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 BAGI TAHUN 2013

Bayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan telah dilaksanakan pada hari ini daripada jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Sebelum agihan mula dibuat melalui guru kelas anak masing-masing,  En. Rushdan Mohamed selaku wakil daripada ADUN Dengkil sempat memberi ucapan ringkas di samping menyerahkan sendiri kepada bebertapa ibubapa terpilih.

Pihak sekolah membuat bayaran penuh RM100 bagi  setiap murid selari dengan arahan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sejumlah RM155,900 wang telah diserahkan kepada ibu/bapa/penjaga pada majlis tersebut.

 Ucapan daripada En. Rushdan wakil Adun Dengkil

Wakil Ibubapa yang menerima.

Pn. Nur Malisha Omar sedang menyemak butir diri murid dan penerima sebelum serahan bantuan RM100 dibuat

Ibubapa beratur dengan penuh kesabaran di kaunter kelas anak masing-masing


Bayaran penuh RM100 diberikan kepada bapa murid


Ibubapa tersenyum keriangan setelah menerima batuan persekolahan tersebut


Dokumen pengenalan diri penerima disemak oleh guru kelas.  Penerima menandatangani borang yang disediakan sebelum serahan wang bantuan RM100 diberikan
Dalam kesempatan yang sama, terdapat juga sebilangan ibubapa yang mengambil peluang membeli barangan keperluan anak-anak di kedai buku dan tidak kurang juga yang menjelaskan sumbangan PIBG.

Bagi yang masih belum berkesempatan untuk mengambil wang bantuan tersebut, mereka bolehlah datang terus ke pejabat dan berurusan dengan kakitangan yang bertugas.  Bayaran akan dibuat sehingga 31 Januari 2013 ini.

No comments:

Post a Comment