... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, January 8, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KEDUA (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh :  7 Januari 2013
Masa 6.10 hingga 6.40 petang

Guru-guru bertugas :
1. Puan Rozimah binti Yaakob
2. Puan Yani binti Mohamad Sharif
3. Puan Salmi binti Amir
4. Puan Nur Malisha binti Omar
5. Puan Julaili binti Onian
6. Puan Yusnita binti Yunus
7. Puan Norlida binti Othman

LAPORAN
1.0  Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
       1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Salmi Amir
       1.2 Bacaan doa oleh adik Ashraf Akashah (3 Zeta)
      1.3 Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh  Puan Rozimah binti Yaakob

 2.0 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Hafiz bin Md Noor)
     
2.1 Mengingatkan murid supaya berdisiplin dan beratur dengan betul semasa berhimpun di dewan iaitu
           sebelum sesi pembelajaran, selepas rehat dan sebelum balik.
      2.2 Murid diterangkan  cara - cara yang betul membaca ikrar semasa perhimpunan.
     

3.0 Perkataan LAWAD
      3.1 Bahasa Melayu : lemau - tidak garing kerana sudah kena angin
      3.2 Bahasa Inggeris : above - atas
      3.3 Bahasa Arab : shahrun - bulan

4.0 Ucapan Guru Disiplin (Pn. Arry Yusnita binti Md Enarji)
      4.1 Fesyen rambut
           Murid lelaki dilarang berambut panjang dan hendaklah berambut pendek seperti yang telah ditetapkan.
           Murid perempuan yang berambut panjang hendaklah mengikat rambut dengan reben yang berwarna
           putih, biru tua atau hitam sahaja.

      4.2 Penggunaan Pagar A dan Pagar B
            Pagar A adalah untuk murid yang berjalan kaki dan berbasikal sahaja manakala Pagar B adalah untuk   
            murid yang dihantar dengan kereta, motorsikal atau menaiki van.

      4.3 Murid Tahun 1
           Ibu bapa tidak dibenarkan berada di dalam kawasan sekolah semasa sesi pengajaran dan    
           pembelajaran.

5.0 Ucapan Penolong Kanan Petang (Encik Rosdin bin Ibrahim)
      5.1 Mengalu - alukan kedatangan murid tahun satu 2013. Mengingatkan murid tahun 1 supaya mematuhi     
           peraturan sekolah.
     5.2 Murid tahun 3 hendaklah sentiasa menjaga disiplin dan menjadi contoh kepada murid tahun 2 dan tahun
          1.
     5.3 Murid tahun 2 pula diingatkan supaya tidak membuli murid tahun 1 dan membantu adik - adik yang baru
          disekolah ini.
   
Sesi perhimpunan tamat pada jam 6.40 petang.

No comments:

Post a Comment