Tuesday, January 22, 2013

Program Penutur Jati 2013: Mesyuarat Pertama


Program Penutur Jati Bahasa Inggeris adalah merupakan salah satu program di bawah Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan untuk Tahap 1 sekolah rendah terpilih di semua negeri mulai 2011 hingga 2013. Program ini merupakan salah satu strategi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah. Guru terlibat perlu menghadiri sesi input profesional di luar waktu rasmi persekolahan yang akan dijalankan oleh penutur jati.

Guru-guru yang terlibat di bawah program ini adalah guru-guru yang mengajar Bahasa Inggeris Tahap 1 SK Taman Putra Perdana. Mereka adalah:
  1. Pn. Nur Malisha binti Omar
  2. Pn. Salina binti Mohd Tasu
  3. Pn. Maizara binti Mahat.
  4. Pn. Ainul Balkhish binti Mohd Aris
  5. Pn. Suhaizan binti Sukiman
  6. Pn. Ezza Hairani binti Zainuddin
  7. Pn. Arnny Yusnita binti Md Enarji
  8. Pn. Yani binti Mohammad Shariff
  9. Pn. Grace A/P Danaraj
  10. Pn. Norazian binti Mat Anuar
Mesyuarat kali pertama ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat, SKTPP pada hari Isnin, 21 Januari 2013. Ia bermula pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kami telah menerima mentor yang baru, Mr. Merrill Danford dari SMR HR Group yang telah menggantikan Ms. Hannah Casey yang telah pulang ke negara beliau . 

Mesyuarat kali pertama ini telah dihadiri oleh 8 orang guru Bahasa Inggeris SKTPP. Mentor penutur jati kami, Mr. Merrill Danford telah memberikan penerangannya mengenai program ini dan perancangan beliau untuk tahun ini. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan ilmu yang diperolehi akan digunakan sebaik-baiknya dalam pembelajaran dan pengajaran kami.

Mr. Merrill Danford
Pn. Suhaizan, Pn. Yani, Pn. Salina & Pn. Grace
Pn. Arnny, Pn. Maizara & Pn. Ainul
Mr. Merrill Danford memberikan penerangan

No comments:

Post a Comment