... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, October 1, 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2013 (SESI PAGI)

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 1 Oktober 2013, bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Objektif Hari Kanak-Kanak  diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan  kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan kepada mereka. 

Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti yang berikut:

1)    Ucapan wakil murid oleh Anis Zarith Sofia binti Zam Azizol.

2)    Penyampaian hadiah “Murid Contoh 2013” kepada Muhammad Syazwan bin Sa’ari.

Bergambar bersama ibunya.


3)    Acara sukaneka






4)    Penyampaian hadiah sukaneka





Syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.


No comments:

Post a Comment