... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Tuesday, October 8, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-37 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Oktober 2013
Masa : 6.10 -6.40 petang

Guru Bertugas :
1. Encik Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
2. Puan NoorHafizan binti Che Abd Rahman
3. Puan Nor Maziah binti Abdul Malek
4. Puan Azura Farina binti Abdullah

Laporan:
1.0   Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa oleh pengawas, Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (3 Zeta)
  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Azura Farina binti Abdullah
  • Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi Petang, Alya Fariha binti Azairy

2.0   Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nur Suriati binti Ismail )
  • Puan Nur Suriati meminta agar murid-murid mengambil langkah-langkah keselamatan dan menjaga keselamatan masing-masing ketika berada di sekolah mahupun ketika berada di luar kawasan sekolah.
  • Keadaan Dewan Perdana yang agak bising sewaktu beratur hendaklah diatasi. Murid-murid perlu mematuhi arahan guru supaya senyap dan beratur dengan tertib selepas loceng berbunyi sewaktu sesi persekolah bermula dan selepas waktu rehat.

3.0       Ucapan Guru Disiplin ( Puan Arnny Yusnita binti Md.Enarji)
·         Puan Arnny Yusnita member teguran kepada murid-murid tentang keselamatan sewaktu berbasikal ketika datang dan pulang dari sekolah.

·         Keadaan ini membimbangkan kerana boleh berlaku pelbagai kemungkinan serta perkara-perkara yang tidak diingini boleh berlaku tanpa disedari.
·         Murid-murid diminta berpakaian lengkap ketika datang ke sekolah termasuklah berlencana dan tanda nama.

4.0       Ucapan Guru Bertugas (Puan Azura Farina binti Abdullah)
·         Puan Azura Farina memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini. Beliau memaklumkan kepada murid-murid, sekiranya terdapat sebarang masalah yang dihadapi  boleh berhubung dengan guru bertugas.

·         Perkataaan LAWAD :

Bahasa Melayu  – jujur  : lurus hati
Bahasa Inggeris – songwriter : pencipta lagu

5.0       Penyampaian Hadiah Saguhati  (Kutipan Cyclothon)
·      Penyampaian hadiah saguhati ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang mendapat pungutan kutipan yang tertinggi. Di antara penerima hadiah saguhati ini ialah:

1)         Adik Daim Firnas                   - 1 Hematologi
2)         Adik Nur Ezwin Umairah       - 2 Zuhal
3)         Adik Hurin Batrisya               - 2 Zuhrah
4)         Adik Muhammad Syameel      - 1 Radiologi

6.0  Ucapan PK Petang (Encik Rosdin bin Ibrahim)
  • PK Petang memberi teguran kepada murid agar menghormati guru dan setiap majlis yang dijalankan.Sikap hormat-menghormati perlu dididik sejak dari kecil.
  • Beliau mengharapkan agar murid-murid dapat mengawal sikap untuk tidak menimbulkan suasana yang  bising sewaktu sesi beratur mahupun sewaktu sesuatu majlis berlangsung. Murid-murid perlulah menghormati arahan guru dan majlis yang sedang diadakan. 
  • PK Petang mengalu-alukan kedatangan tiga orang guru baharu yang mulai bertugas pada hari ini iaitu:
1)         Zalina binti Ismail
2)         Ummu Athiah binti Haji Hashim
3)         Asma binti Abdul Malik

  • Beliau, meminta guru-guru berkenaan memperkenalkan diri masing-masing di hadapan guru-guru dan murid-murid sesi petang.

7.0       Hal-hal lain
·         Program Tasmik berjalan seperti biasa pada minggu ini.
·         Peperiksaan Jawi akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh/Hari
Masa
Mata pelajaran
9/10/2013 (Rabu)
2.00-3.00 petang
Jawi
10/10/2013
(Khamis)
2.00-3.00 petang
Bahasa Arab

·         Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu ditangguhkan.

Perhimpunan berakhir pada jam 6.40 petang


Disediakan oleh:
Puan Azura Farina binti Abdullah


Gambar-gambar sepanjang majlis perhimpunan berlangsung:


 
Bacaan doa dari adik Asyraaf Aqasha

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang disampaikan oleh Puan Azura Farina selaku Pengacara Majlis. 

 Bacaan Ikrar Murid yang disampaikan oleh ketua pengawas, Alya Fariha

Ucapan laporan guru bertugas minggu lalu yang disampaikan oleh Puan Nur Suriati.

Ucapan dari Puan Arnny Yusnita selaku guru disiplin


 

Penyampaian Hadiah Saguhati Kutipan Cyclothon 

Ucapan Guru Penolong Kanan Petang, En. Rosdin B. Ibrahim


Barisan guru baharu yang bertukar mulai Oktober 2013 sedang memperkenalkan diri . SELAMAT DATANG KE SKTPP….
 

No comments:

Post a Comment