... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, October 7, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN HARI ISNIN ( 7 OKTOBER 2013)

Hari : Isnin
Tarikh : 7 Oktober 2013
Masa : 7.30 -8.00 pagi

Guru Bertugas :
1. Encik Mahadir bin Midun
2. Puan Visva Vilasini a/p Koppal
3. Puan Musaliha binti Mustafa
4. Puan Norhamizah binti Hamzah
5. Puan Maimunah binti Yob
6. Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
7. Puan Halimatun Saadiah binti Hassan
8. Puan Zainur Jimah binti Abdullah

Laporan :
1.0 Nyanyian dan ikrar.
     1.1 Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
     1.2 Bacaan doa oleh Shahrizal bin Rahmat (5 Seraya)
     1.3 Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
     1.4 Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas, Anis Zarith Sofea binti Zam Azizul (6 Tiung)

2.0 Laporan guru bertugas minggu lepas – Puan Norhana binti Nordin
     2.1 Ramai pelajar didapati bermain di dalam kelas dan ada segelintir pelajar yang berada di kaki lima             kelas sementara menunggu guru matapelajaran masuk ke kelas. Murid-murid diingatkan supaya      melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membuat kerja rumah, membaca buku dan lain-lain   aktiviti    untuk mengisi waktu lapang ini.

3.0 Ucapan guru bertugas- Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
    3.1 Tema – Amalan Menjaga Kebersihan
    3.2 Beliau menerangkan maksud “Amalan Menjaga Kebersihan”
    3.3 Beliau mengingatkan beberapa amalan yang penting iaitu:
  • Cuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas.
  • Kuku mestilah sentiasa bersih dan pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman sewaktu makan menggunakan tangan.
  • Gunakan sabun sewaktu mandi.
  • Buang sampah ke dalam tong sampah atau bakul sampah.

    3.4 Beliau mengingatkan supaya menghayati amalan menjaga kebersihan kerana ia merupakan suatu           amalan yang membina dan membawa kesan positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat.
   3.5 Perkataan LAWAD
         Bahasa Melayu : jujur – lurus hati
         Bahasa Inggeris : songwriter – pencipta lagu
Guru-guru bertugas minggu ini

Murid-murid beratur di kaki lima kelas kerana hari hujan

Murid-murid di Dewan Perdana


No comments:

Post a Comment