... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Sunday, October 6, 2013

KARNIVAL CYCLOTHON 'JOM BERBASIKAL' SKTPP 2013

Tanggal 5 Oktober 2013, telah berlangsung Karnival Cyclothon 'Jom Berbasikal' yang bertemakan 'Badan Cergas Minda Cerdas'. Program anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi. 


Program ini adalah salah satu usaha pihak PIBG SKTPP dalam mengumpul dana bagi melaksanakan program pendidikan dan meningkatkan kemudahan infrastruktur sekolah. Selain itu program ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran tentang amalan gaya hidup sihat di kalangan warga SKTPP dan komuniti setempat.  Melalui program sebegini juga, sedikit sebanyak ia dapat mengeratkan hubungan dan semangat kerjasama di antara ibu bapa, pihak sekolah dan juga pelajar SKTPP. 

Pihak PIBG SKTPP selaku penganjur program sangat berbesar hati menerima kunjungan Yang Berhormat  Tuan Shahrum Bin Dato Hj. Mohd Sharif, Ahli Dewan Undangan Negeri, Dengkil bagi merasmikan majlis dan kesudian beliau untuk sama-sama berbasikal mengelilingi Taman Putra Perdana.

Program yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung berlangsung sehingga jam 12.30 tengah hari telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik. Berikut adalah senarai pemenang bertuah dalam pertandingan-pertandingan yang telah diadakan:

Basikal Cantik

Johan            : Suaida Khaliesya (232 undian)
Naib Johan  : Shakiel Bin Shafri (162 undian)
Tempat ke-3: Nur Adeena Sofea (98 undian)
Tempat ke-4: M. Shakir Aidil (52 undian)
Tempat ke-5: Nur Husna Umairah (38 undian)

Mencipta Model Basikal

Johan            : Adibah Bt. Razali 
Naib Johan  : Afiq Irfan B. Bijasari
Tempat ke-3: Ahmad Muizzuddin B. Muzafar 
Tempat ke-4: Intan Zulaikha Bt. Muzafar
Tempat ke-5: Muhd Irsyad Ilham B. Reki

Mewarna Gambar Basikal

Tahun 1

Johan            : Nur Athirah Bt. Mohd Esa (1 Patologi)
Naib Johan  : Julia Azween Bt. Firdaus (6 tahun)
Tempat ke-3: Hanna Sofea (1 Anestesiologi)
Tempat ke-4: Muhd Syahmi B. Mohd Shamsuri (1 Kardiologi)

Tahun 2

Johan            : Siti Wafa Kiasatina (2 Zuhal)
Naib Johan  : Irdina Sofiyyah Bt. Kamarul Basya (2 Zuhrah)
Tempat ke-3: Ainul Munirah Bt. Mohammad Asri (2 Zuhrah)

Tahun 3

Johan            : Syazwana Nurazmina Bt. Azizul (3 Omega)
Naib Johan  : Muhd Asyraf (3 Theta)
Tempat ke-3: Nur Intan Julita Aleeya Bt. Amran (3 Zeta)

Melukis Model Basikal

Johan            : Husna Aqilah Bt. Rashid (6 Nuri)
Naib Johan  : Shakira Bt. Shaffri (5 Seraya)
Tempat ke-3: Damia Izora Bt. Radzwan (4 Waja)
Tempat ke-4: Syed Nooraiman Hakim B. Syed Noor Nekman (5 Seraya)
Tempat ke-5: Nur Assyifa Khumaira Bt. Hamzah (5 Nyatoh)

Basikal Lambat

Johan            : En. Khairudin Abdullah
Naib Johan  : Adik Muhd Aiman B. Rosli
Tempat ke-3: Adik Nik Hazwana
Tempat ke-4: Adik Mohd Danish Hilman
Tempat ke-5: Adik Mohamad Zamir

Selain menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan, pengujung juga berpeluang mengunjungi gerai-gerai yang menjual pelbagai barang jualan seperti makanan, minuman, buah-buahan, majalah dan sebagainya. Karnival kali ini turut diceriakan lagi dengan persembahan menarik daripada murid-murid PPKI dan Prasekolah. Murid-murid PPKI membuat persembahan sketsa Abang Beca sementara murid Prasekolah mempersembahkan tarian.

Pihak penganjur juga turut menyediakan pelbagai token sebagai tanda menghargai usaha murid-murid membuat kutipan derma cyclothon.  Terdapat 4 kategori penghargaan iaitu kutipan paling tinggi keseluruhan, tiga pengutip tertinggi bagi Tahap1 dan Tahap 2, kutipan melebihi RM100 dan kutipan melebihi RM50. Shakiel Aditheeya  R.Saravanan dari kelas 1 Hematologi telah berjaya  membuat kutipan paling tinggi iaitu RM1203.  Sebagai tanda  penghargaan atas kecemerlangan tersebut,  hadiah istimewa beliau akan disampaikan pada Hari Anugerah Cemerlang.  Sementara itu, berikut ialah penerima hadiah bagi kategori kutipan tertinggi mengikut tahap:

Sesi Pagi

1.  Mohammad Izzul Syahir B. Hasrunnizam (5 Resak)
2.  Mohd Syahmi Irfan (6 Kelicap)
3.  Iman Firas B. Zuhazmi (6 Tiung)

Sesi Petang

1.  Daim Firnas (1 Hematologi)
2.  Nur Ezurin Umairah (2 Zuhal)
3.  Nurin Batrisyia (2 Zuhrah) 

Pengunjung dan warga SKTPP yang bertuah, juga tidak kecewa kerana pulang dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah.  Hadiah utama bagi cabutan bertuah ialah sebuah basikal fixie.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.

 Ketibaan YB Tuan Shahrum Bin Dato Hj. Mohd Sharif, ADUN, Dengkil


 Ucapan perasmian oleh YB Tuan Shahrum B. Dato Hj. Mohd Sharif


 Cenderahati daripada pihak penganjur sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas kesudian YB Tuan Shahrum B. Dato Hj. Mohd Sharif merasmikan majlis dan turut serta dalam program yang dijalankan


Pelepasan peserta cyclothon 'Jom Berbasikal' oleh YB Tuan Shahrum B. Dato Hj. Mohd Sharif



  Dari kiri: En. Rushdan Mohammed, Tn. Hj. Khairul Azhar Sufian (YDP PIBG ), YB Tuan Shahrum B. Dato Hj. Mohd Sharif, En. Sukimin Juki (Guru Besar SKTPP) beserta jawatankuasa PIBG yang lain turut serta memeriahkan kayuhan 'Jom Berbasikal' 2013.

  

Suasana dan kemeriahan yang sempat dirakam sepanjang aktiviti berbasikal bersama-sama YB, penganjur, pelajar dan komuniti setempat
  



 Hadiah pertandingan 

 Penyampaian hadiah pertandingan dan cabutan bertuah

                           
  Persembahan Sketsa Abang Beca dari murid PPKI dan tarian dari murid prasekolah

                           
Acara kemuncak iaitu penyampaian hadiah utama (basikal fixie) kepada pengunjung bertuah

No comments:

Post a Comment