... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, October 2, 2013

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Sesi Petang)

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada hari Selasa, 1 Oktober 2013, bertempat di Dewan Perdana, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Objektif Hari Kanak-Kanak  diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghormatan  kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk memberi perlindungan, kebajikan dan kesejahteraan kepada mereka. 

Sambutan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Rosdin bin Ibrahim, Penolong Kanan Petang, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah seperti yang berikut:

1. Bacaan Doa oleh Adik Asyraf Aqasha dari 3 Zeta.



2. Ucapan  Pengerusi Majlis
Majlis dipengerusikan oleh Puan Jumilah Ahmad dan dibantu oleh Adik Mohd. Afiq bin Zaidi dan Adik Nurin Irdina Husna binti Nasir.



3. Ucapan Wakil Murid - Adik Alya Fariha binti Azairy (Ketua Pengawas Sesi Petang)



4. Ucapan Penolong Kanan Petang, Encik Rosdin bin Ibrahim


5. Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak 
En. Rosdin bin Ibrahim bersama Pengurus Program, Puan Norazian binti Mat Anuar

6. Penyampaian Hadiah Murid Contoh
Penyampaian hadiah kepada Murid Contoh telah disempurnakan oleh Encik Rosdin bin Ibrahim. Serba sedikit tentang Murid Contoh Sesi Petang.
Nama : Nisa Adrianna binti Mohamed Irwan
Tarikh Lahir : 8 Januari 2004
Kelas : 3 Zeta
Penglibatan Diri:
i.   Penolong Ketua Kelas (Tahun 2012)
ii.  Pengawas Sekolah (Tahun 2013)
iii. Peserta Karnival Pandu Puteri Daerah Sepang
iv. Kem Anak Soleh (2012) - Anjuran Pusat Bimbingan Az-Zuhdi
v.  Peserta Emedeen of Nature & Animals (Mac 2013) - Anjuran Vitagen + Marigold (Daerah Sepang)
vi. Melibatkan diri dalam aktiviti di Pusat Jagaan Montessorri (konsert,sukan tahunan)

Menarik tentang Nisa:
i.  Mempunyai sahsiah yang sangat bagus
ii.  Aktif dalam semua aktiviti
iii. Berdisiplin dan berhemah tinggi
Pn. Yani binti Rahmad membacakan Biodata Murid Contoh

Murid Contoh diarak ke Pentas Utama Dewan Perdana






Murid Contoh iaitu Adik Nisa Adrianna binti Mohamed Irwan menerima trofi dan hadiah 

7. Acara Sukaneka
Murid yang terlibat dalam acara sukaneka ialah murid yang terpilih dari setiap kelas Tahun 1, 2 dan 3.


















8. Penyampaian hadiah








Jelas terpancar keriangan murid semasa aktiviti ini dijalankan. Semoga ia dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Majlis berakhir pada jam 6.40 petang.




Disediakan oleh:
Pn. Norkhusaini binti Salehuddin
Pn. Nik Rosmaliza binti Nik Hussain

No comments:

Post a Comment