Tuesday, October 14, 2014

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2014 (Sesi Petang)

Kanak-kanak merupakan generasi yang bakal mewarisi dunia ini dari kita. Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak Sedunia kali pertama telah disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia. 

Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat SK Taman Putra Perdana telah disambut dengan meriahnya hari ini.

 Majlis dimulai dengan ucapan wakil murid dan Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKTPP. Majlis diteruskan dengan penganugerahan Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah persembahan setiap kelas dimulai dengan tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan persembahan daripada pemenang setiap tahun.

Tokoh Kanak-Kanak Sesi Petang

Tokoh Kanak-kanak Sesi Petang ialah adik Tengku Nur Alya Iman binti Tengku Norsyawalludin. Beliau telah dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang. Beliau sentiasa mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Akhir Tahun di Tahun 1 dan 2. Beliau juga mendapat keputusan yang cemerlang tempat pertama pada Peperiksaan Pertengahan Tahun baru-baru ini. 


Beliau juga adalah pengawas sekolah dan aktif menyertai aktiviti sekolah seperti Pertandingan Action Song 2014. Selain itu beliau juga memegang jawatan pengawas di Sekolah Agama Al Fakhri dan mewakili sekolah dalam pertandingan kamil sebagai penyanyi solo kumpulan nasyid tahap 1 dan menjadi johan.

Keperibadian beliau terserlah apabila sering menunjukkan sahsiah yang terpuji kerana sentiasa ringan tulang membantu guru-guru dan rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

Pengacara pada hari tersebut Pn. Jumilah dan Pn. Azura Farina dan murid tahun 3
Ucapan Wakil Murid
Majlis di rasmikan oleh Guru Besar
Tokoh Kanak-Kanak diara
Tokoh Kanak-Kanak disandang oleh
Adik Tengku Nur Alya Iman Binti Tengku Norsyawalluddin
Bersama Tengku Norsyawalludin bapa kepada Tokoh Kanak-Kanak
Persembahan murid tahun 1
Persembahan murid Tahu 2 Pediatrik
Persembahan Kelas Hematologi










Antara pemenang persembahan



No comments:

Post a Comment